Halaman

♥ FOLLOW ME HERE ♥

Jumaat, 13 Disember 2013

Novel: Abangku Mr Hubby 6

Haii, assalamualaikum =)


"Qisy bangun. Kita dah sampai." Adam mengejutkan Qisya Sebaik sahaja Qisy membuka mata, Adam terus turun dari kereta. Meninggalkan Qisya.

Dekat laut mana pula ni dia berhenti? Aku lihat jam, pukul 5 petang. Lajunya dia bawa kereta. Seronoknya tidur. Qisya turun dari kereta dan pergi kepada Adam.

"Kita nak buat apa dekat PD ni? Kenapa abang tak terus balik je? Esok kan abang kerja pagi. Nanti kalau sampai awal boleh la abang rehat dulu." Kata-kata aku ni boleh diibaratkan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Dia ni buat tak tahu je.

"Abang nak kita berbincang. Siapa Zulfadhli tu sebenarnya dalam hidup Qisy?" Adam bertanya bersama renungan tajamnya.

"Ohh. Dia tu kawan Qisy dan kadang-kadang lebih dari seorang kawan. Kadang-kadang dia akan jadi abang Qisy. Kadang-kadang juga dia akan jadi musuh Qisy. Tapi macam mana pun dia tetap ada dengan Qisy tak kisah la waktu Qisy susah atau senang." Aku menjawab dengan seronoknya. Hehe.

"Dan kadang-kadang, dia juga akan jadi buah hati Qisy, bakal suami Qisy, calon menantu mak, pelindung Qisy kan?" Adam menyambung kata-kata Qisya dengan sinisnya.

"Abang ni kenapa? Tiba-tiba je macam ni apa hal? Qisy rasa benda ni tak penting pun la untuk abang nak pertikaikan!" Nampaknya kata-kata Adam sudah menaikkan darah aku.

"Tak penting Qisy cakap? Dia nak apa datang rumah pagi tadi?" Adam bertanya kasar.

"Kan abang dah tahu. Kenapa nak tanya soalan yang sama? Dia datang sebab nak jumpa Qisy. Kami dah lama tak jumpa. Dia saja datang nak berborak."

"Saja nak berborak? Perlu ke sampai nak pegang-pegang tangan, merayap sana-sini?! Apa tangan dia tu memang mesti nak kena ke pegang tangan Qisy? Itu yang abang nampak. Kalau yang tak nampak pula tah apa la lagi dibuatnya." Kasar bahasa yang keluar dari mulut Adam. Apa yang menghasut dia ni?

"Wahh. Ini sudah lebih. Watch your words Adam Hasif! I didn't give you any right for you easily to judge me like that. I know how to take care of myself and you please just take care of yourself! Apa yang abang nampak itu yang terjadi. Tak ada lebihnya. Qisy masih tahu lagi batas-batas untuk diri Qisy. Abang bukan sesiapa dalam hidup Qisy untuk abang ambil tahu hal Qisy. Even kita dah kahwin nanti pun. Abang yang cakap kan sebelum ni, hal abang Qisy tak boleh masuk campur. Macam tu juga dengan Qisy, hal Qisy abang tak perlu untuk masuk campur. Dah Qisy nak balik. Abang nak hantar ke tak nak?" Bergetar suara ku kerana menahan marah. Kecewa aku dengan perangai Adam. Aku terus masuk ke dalam kereta.

Adam hanya memanang aku. Aku terus mengalihkan pandangan ku ke arah lain. Aku takut kalau aku terus memandang dia lagi aku tak boleh kawal kemarahanku. Terima kasih Adam Hasif atas kata-kata penghargaan dari anda! Aku lihat Adam seperti tidak mahu masuk ke dalam kereta. Tak apa. Dia tak nak hantar. Aku boleh je stay dekat sini. Aku mengambil keputusan untuk keluar dari kereta.

"Masuk. Abang hantar. Abang yang bawa dan abang juga yang hantar." Kata Adam tegas sambil menarik tanganku.

=================================

"Qisy. Kau kerja apa esok?" Sheira bertanya soalan yang agak pelik pada pendengaran aku.

"Apa jenis soalan kau ni? Duduk serumah dah dekat 2 tahun. Lagi nak tanya aku kerja apa esok? Sejak bila kerja dekat klinik tu ada shift? Kau dengan Fara je yang ada shift Cik Sheira oii.. Aku ni office hour. Macam la tak tahu." Aku menjawab soalan Sheira. Aku tengok Sheira dengan Fara ni dok jeling-jeling je dari tadi. Ni mesti ada benda nak tanya dekat aku ni.

"Apa masalah korang ni? Kalau nak tanya, tanya je la. Tak payah nak jeling berdua tu. Ingat orang tak nampak agaknya. Korang nak apa?" Aku menyergah mereka namun mata ku tetap tidak ku alihkan dari kaca TV. Maklumlah Adi Putra kan yang ada dekat TV tu.

"Ehh, mana ada kitorang nak tanya apa-apa pun. Memandai je kau ni Qisy." Fara membantah kata-kata ku.

"Ok. Tak ada tak apa. Lepas ni korang jangan nak tanya aku apa-apa lagi. Aku tak kan layan!" Jawab ku tegas. Aku memandang mereka sekilas dan terus menyambung semula tontonan ku.

"Ehh. Jangan la macam tu Qisy. Ok ok, aku bagi tahu ni. Sebenarnya kami nak tanya ni. Kau gaduh dengan AH ke sebab dah 4 hari kau balik tapi tak nampak lagi Adam datang dekat sini. Selalu tu mesti hari-hari dia datang jumpa kau." Itu rupanya yang merunsingkan kepala diorang ni.

"Aku boleh jawab soalan kau tu. Tapi bagi aku masa 5 minit. Cerita ni nak habis dah."

"Qisya. Berapa kali dah kau ni tengok cerita Aku Terima Nikahnya ni. Kau tak bosan ke? Lagi 5 minit pun nak berkira." Haha. Terdengar geram suara Fara dengan Sheira.

"Bising la korang ni. Korang nampak tak siapa yang ada dekat TV tu? Ada ADP dengan ND. Ehh kalau diorang yang berlakon harus la aku berkira 5 minit sekalipun. Ni dah habis pun. Ok aku jawab soalan korang ye."

"Ok. Cerita dah habis. Sekarang korang nak aku cerita apa pula?" Tanya aku kepada Sheira dan Fara namun mataku masih tepat memandang ke arah TV. Malas aku nak pandang muka budak berdua tu. Hihi.

===============================

"Kau gaduh dengan AH kan?" Soalan yang memang sudah dijangka dari Fara dengan Sheira.

"Entah la. Lantak dia la nak buat apa pun. Ada ke patut dia marah aku jumpa Zul. Lepas tu dia boleh kata aku suka Zul pegang tangan aku. Ingat aku ni murah sangat agaknya."

"Wait, wait. AH nampak kau dengan Zul? Setahu aku, Zul ada dekat Ipoh kan? Ipoh tu kampung kau. Adakah ini maknanya AH ikut kau balik kampung?" Sedikit suara Sheira bila dia bertanya soalan ini. Sampai berkerut-kerut dahi dia nak fikir.

"Ehh, ada ke aku cakap aku jumpa Zul dekat Ipoh? Kau yang memandai kan?" Aduiii. Ni lah dia bila cakap dengan penuh perasaan. Sampai tak sedar apa yang aku cakap. Kan dah kantoi.

"Haa. Kenapa muka kau lain? Betul kan kau bawa AH balik kampung? Wahhhh. Bawa jumpa mak ke? Dulu bila aku suruh kahwin dengan AH punya la kau ngelak kan? Dah sekarang ni siap dah bawa jumpa opah terus ni. Ada peluang ke?"

Fara mengangkat-angkat keningnya. Dah macam adik Shin Chan dah aku tengok dia ni. Ingat comel sangat agaknya. Tapi nasib baik kau memang comel. Kalau tak, tak kan la Fuad yang lemah lembut lagi ayu tu boleh sangkut dengan Fara. Hahaha...

"Woii makcik! Kau apahal gelak sorang-sorang? Orang duk tunggu jawapan dia tapi dia boleh mengelamun pula. Angau ke apa kau ni? Betul kan aku cakap yang AH memang sayang dekat kau. Sebab tu dia marah kau jumpa Zul." Selalu Sheira ni slow je. Malam ni pula otak dia ni macam laju. Dia dah isi pakai minyak N97 la aku rasa ni.

"Dah la korang ni. Kalau nak sangat dengan AH tu pergi la. Jangan nak suruh aku pula yang kahwin dengan dia. Malas la aku nak layan soalan-soalan penuh kontroversi macam ni. Belum jadi artis lagi aku dah hot macam ni. Macam mana la kalau aku dah jadi artis nanti. Hahaha."

"Bila la kau ni nak serius Qisy? Manjang main-main je. Tak kisah la Qisy dengan siapa pun kau nak kahwin. Yang penting orang tu tak sakitkan hati kau dan dia boleh jaga kawan baik aku ni. Aku tak nak kawan-kawan baik aku ni sakit. Sakit korang, sakit la aku juga." Terus Fara memeluk aku dan Sheira selepas dia habis berkata-kata.

Haihhh sayang-sayang aku ni. Kalau la diorang tahu yang tak lama lagi aku memang akan kahwin dengan AH diorang ni, mesti diorang akan melompat sampai ke syiling aku rasa. Hehe. Tah jadi ke tak aku kahwin dengan Adam Hasif tu.

==================================

Telefon bimbit ku berbunyi lagi. Masuk ni sudah kali ke 3 aku menerima panggilan dari orang yang sama. Namun aku tiada hati nak menjawabnya. Dah 5 hari baru la kau nak telefon aku kan. Tidak lama selepas itu, telefon ku berbunyi. Tetapi ini menandakan ada mesej baru yang masuk.

'Malam ni pukul 8 abang amik Qisy. Kita keluar.'

Sekarang pukul 6 petang. Suka hati dia je. Malas aku nak keluar. Kau tunggu je la aku sampai kebas punggung kau. Tak ingin aku nak balas mesej Adam tu. Baik aku kemas rumah. Datang pula mood rajin ni. Fara dengan Sheira balik kerja pukul 2 tadi terus tidur sampai sekarang. Penat sangat agaknya.

Baru je aku sudah mandi, tiba-tiba Fara masuk ke bilik aku.

"Qisy! Telefon kau mana kau letak? AH ni dah sampai telefon aku pula. Dia cakap dia dah ada dekat bawah. Kalau dalam masa 10 minit kau tak turun, dia akan naik." Fara menyampaikan pesan daripada AH dia tu dan dia terus keluar dari bilik aku. Sayang sangat dia ni dengan AH dia. Biar la Adam tu dekat bawah. Tak adanya dia berani nak naik sini. Baik aku golek-golek atas katil aku ni. Lagi best.

"Qisy!! Apasal kau atas katil lagi? Kan kau nak keluar dengan AH? Dia ada dekat depan pintu tu. Kau pergi tengok dia. Nanti jiran-jiran cakap apa pula nampak lelaki depan rumah kita. Kau keluar cepat." Sempat lagi si Fara ni membebel dekat aku sebelum dia keluar dari bilik aku. Aduiii... Betul-betul pula dia ni naik atas. Mengada-ngada betul la.

=====================================

"Abang nak apa datang sini? Gaduh dengan awek ke? Ni nak Qisy buat apa pula kali ni?" Aku hanya bertanya dari dalam rumah je. Tak teringin pula aku nak buka grill rumah ni. Kiranya kalau aku masih selamat la sebab aku kat dalam, dia dekat luar. Hihi. Bijak, bijak.

"Abang nak jumpa Qisy. Tak ada kena mengena dengan awek abang ke apa ke. Abang dah cakap kan abang nak bawa Qisy keluar. Kenapa tak siap lagi?"

"Qisy tak nak keluar." Aku menjawab dengan tegas.

"Betul Qisy tak nak keluar dengan abang?" Adam bertanya dengan senyumannya. Tapi pada pandangan aku senyuman dia nampak lain macam je.

"Betul."

"Betul Qisy tak nak keluar dengan abang?" Adam bertanya lagi untuk kali yang ke-2.

"Betul."

"Betul Qisy tak nak keluar dengan abang?" Kali ke 3 Adam bertanya, aku terus bersetuju dengan ajakan dia. Selalunya kalau sampai 3 kali dia bertanya, mesti dia akan buat sesuatu kalau aku masih tidak bersetuju dengan ajakan dia.

"Abang ajak Qisy keluar ni kalau setakat nak habiskan minyak kereta abang ni baik tak payah. Ramai lagi awek-awek abang yang sanggup duduk dengan abang dalam kereta abang ni. Abang nak apa sebenarnya ni?" Naik bosan pula aku bila lama-lama duduk dalam kereta macam orang bodoh je macam ni.

"Selalu tu teman abang tak ada pula bising? Kenapa baru sekarang nak bising?"

"Sebab selalu Qisy tak menyampah tengok muka abang. Malam ni Qisy menyampah tengok muka abang!"

"Yang Qisy menyampah ni la nanti yang Qisy akan pandang sampai Qisy tua tahu tak?" Adam hanya gelak dan dia terus berhentikan kereta dia di tepi laut. Bila waktu malam macam ni selalunya memang kami akan melepak tepi laut di JB ni tengok lampu-lampu di Singapore. Lawa je berkelip-kelip.

"Apasal pula Qisy nak pandang muka abang sampai tua? Tak ingin Qisy. Baik Qisy pandang benda lain. Ingat muka abang tu sampai tua still kacak macam ni lagi ke? Perasan sungguh." Jawab ku lagi.

Adam terus menarik hidung ku apabila aku habis berkata-kata. "Sakit la weyhh! Apa ni main tarik-tarik hidung orang pula ni." Suka hati dia je nak buat apa dekat aku. Apa tak cukup mancung lagi ke hidung aku ni sampai dia nak tarik hidung aku ni.

"Alaa sakit ke adik kecik? Sorry la. Abang ingat nak tarik sikit je tapi dah hidung Qisy tu kembang sangat. Tu yang abang tarik kuat sikit biar mancung sikit."

"Suka sangat la tu dapat kenakan Qisy? Menyampah betul la Qisy dengan abang ni." Aku terus meninggalkan Adam di dalam kereta. Lebih baik aku lepak dekat luar. Lagi best.

=====================================

Sedang enak aku menikmati keindahan malam di tepi laut ni, tiba-tiba aku merasa ada orang yang menarik telinga ku. Siapa lagi kalau bukan si crocodile land seekor tu. Tak payah pusing aku dah tahu siapa sebab dia memang suka tarik telinga aku.

"Qisy. Sebenarnya abang nak minta maaf pasal hari tu. Abang tahu abang tak sepatutnya cakap macam tu dengan Qisy. Laju sangat mulut abang ni bercakap sampai tak sedar apa yang abang cakap. Maafkan abang?" Adam memandang muka ku dengan muka kesian dia. Saja la tu nak minta belas kasihan aku tu. Haihh. Nasib baik la aku ni bukan jenis pendendam sangat.

"Dah la abang. Qisy dah malas nak ingat pasal tu lagi. Yang dah lepas tu biar la lepas." Aku menjawab sambil tersenyum manis kepada Adam.

Adam terpana melihat senyuman Qisya. Kenapa sebelum ni aku tak perasan yang Qisy ni mempunyai senyuman yang manis? Dah 5 tahun aku tengok dia tersenyum tapi baru malam ni aku nampak dia senyum tersangat manis macam ni.

"Abang. Termenung apa pula ni? Qisy dah maafkan pun nak termenung apa lagi ke?" Qisy melambai-lambai tangannya di hadapan Adam.

"Hehe. Abang tengah menikmati senyuman Qisy yang manis tu. Cuba Qisy senyum lagi untuk abang. Senyum macam tadi tu. Cepat la Qisy." Adam merenung lembut muka Qisy dengan penuh minat.

"Ngada-ngada la abang ni. Ni yang Qisy lagi bertambah menyampah dengan abang ni tau." Aku buat-buat ketawa. Sebenarnya lebih kepada untuk menutup getar di hati ku ini. Jantungku buat perangai lagi bila menerima renungan sebegitu dari Adam. Ni yang aku tak larat nak kejar jantung aku ni.

"Abang boleh ngada-ngada dengan Qisy je. Qisy, esok ikut abang eh?"

"Abang nak pergi mana?" Qisya mengerutkan keningnya.

"Balik Seremban. Qisy ikut abang eh? Jumpa keluarga abang. Ahad kita balik sini. Ok?"

"Qisy takut la nak jumpa keluarga abang." Ni la part yang aku paling lemah sekali ni. Nak kena pergi jumpa keluarga Adam ni pula. Takutnya aku.

"Tak ada benda yang perlu nak takut la adik Qisya yang abang sayang. Abang ada dengan Qisy kan? Lagipun keluarga abang tu makan nasi juga macam kita. Diorang tak makan daging manusia. Hahaha. Kelakar la Qisy ni. Takut sebab nak jumpa family mertua eh?"

"Abang cakap senang la. Sebab abang tak ada kat tempat Qisy." Aku memberikan jelingan kepada Adam. Suka hati dia je nak gelakkan aku.

"Ewahh. Sedapnya cakap. Cuba ingat balik. Abang yang alami dulu sebelum Qisy tau. Abang yang jumpa dulu keluarga Qisy. Dah la tak payah nak serabut fikir yang bukan-bukan. Selagi abang ada dengan Qisy, Qisy tak perlu nak rasa takut."

Adam memberikan keyakinan kepada Qisy. Entah kenapa bila dengan Adam aku tidak ada rasa takut. Aku rasa lebih selamat bila bersama dengan Adam. Aku membalas pandangan mata Adam. Semoga esok mampu memberikan yang terbaik untuk aku.

BERSAMBUNG...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mahu komen ? Komen di sini.. Ila sedia menerima komen anda.. Terima kasih =)