Halaman

♥ FOLLOW ME HERE ♥

Rabu, 23 September 2015

Hai, assalamualaikum semua =)
 
Hari ni Ila kerja. Jadi kat office hari ni Ila pun tak ada kerja sangat. Bukan tak ada kerja sangat, memang tak ada kerja langsung pun. Jadi untuk menghilangkan rasa bosan bolehlah Ila edit blog apa yang patut. Buat sementara ini adalah perubahan sedikit. Dah lama tak tengok tutorial kan. Tangan ni pun dah lama tak edit blog. Jadi pening sikit nak buat blog bagi cantik. Maklumlah, baru sekarang ni nak menghadap blog. Dah setahun tinggalkan hobi ni jadi kena belajar dari mulalah gamaknya. Pening kepala nak faham tutorialnya. Sabar jelah. Yang penting kat office hari ni sunyi dan aman je. Maklumlah, esok kan Raya Haji. Jadi di kesempatan ini Ila nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.