Halaman

♥ FOLLOW ME HERE ♥

Jumaat, 13 Disember 2013

Novel: Abangku Mr Hubby 5

Haii kawan-kawan =)


"Adik, mata melilau mencari bakal menantu mak ke?" tanya Kakyong.

"Qisya, betul ke apa yang mak dengar ni? Ni Qisy balik dengan bakal menantu mak la ye? Jadi betul la Qisy memang dah ada pilihan hati Qisy sendiri. Patut la hari tu masa mak bagi tahu pasal pinangan daripada keluarga Zul beriya-iya Qisy menolaknya. Rupanya dia dah ada yang berkenan kat hati dia. Mak tak nampak pun dia dari tadi?" Gembiranya mak apabila mendapat tahu yang aku balik ke sini dengan 'bakal menantunya'. Baru sahaja aku ingin menceritakan perkara sebenar kepada mak, kami terdengar bunyi ketukan di pintu bilik mak.

"Mak, kenalkan ini Adam Hasif Ahmad Najib. Your son in law. Kacak kan. Pandai adik pilih." Aku hanya mampu tersenyum tawar apabila abang iparku, Hariz memperkenalkan Adam kepada mak. Adam menyalami tangan mak dengan penuh hormat.

"Jadi ini la dia menantu mak. Pandai Qisy simpan rahsia. Mak tak pernah dengar langsung nama Adam disebutnya. Mak gembira sangat ni dan rasa macam dah sihat pula. Esok mesti mak dah boleh keluar wad ni. Lepas ni mak sibuk uruskan kenduri Qisy la pula. Macam tak percaya la pula anak dara bongsu mak ni dah nak jadi isteri orang." Mak kelihatan begitu gembira dengan kehadiran Adam. Kalau beginilah  caranya, macam mana aku nak beritahu kepada semua tentang salah faham ini. Aku lihat Adam memandang aku seperti meminta penjelasan daripada aku namun tidak sedikit pun dia menafikan apa yang keluar dari mulut mak. Aku hanya mampu tersenyum.

Klikk. Petikan jari Adam di depan mataku membuatkan aku kembali ke alam nyata. Aku memandang muka dia.

"Habis tu Qisy nak abang buat apa? Mak tengah tak sihat, tak kan kita nak patahkan semangat dia pula? Qisy tak nampak betapa gembiranya mak tadi? Abang tak sampai hati Qisy nak patahkan perasaan gembira mak dan keluarga Qisy. Abang tak nak menjadi orang yang terlalu kejam terhadap orang lain. Tapi yang menjadi persoalannya sekarang ni, kenapa dari mula abang abang sampai tadi semua orang cakap abang bakal menantu mak? Apa yang Qisy cakap dekat diorang sampai diorang semua menyangka yang abang ni bakal menantu mak?" Tanya Adam dan inilah penjelasan yang dia mahukan dari aku semasa di hospital tadi.

"Minggu lepas mak ada telefon Qisy dan mak bagi tahu ada orang datang meminang Qisy. Orang tu ialah kawan Qisy dari kecil. Qisy tak rasa yang Qisy boleh terima dia untuk menjadi suami Qisy. Qisy bagi alasan dekat mak, Qisy cakap yang Qisy dah ada pilihan hati sendiri. Lepas tu mak cakap mak bagi tempoh selama dua minggu je untuk Qisy bawa balik menantu mak jumpa mak. Kebetulan pula hari ni Qisy balik ke kampung bersama abang. Mereka semua salah faham dan menyangka yang abang ni la buah hati Qisy. Sebab tu mereka semua cakap abang ni la bakal menantu mak. Sekarang ni Qisy dah tak tahu macam mana kita nak betulkan keadaan ni semula." Aku menerangkan satu persatu kepada Adam tentang panggilan telefon daripada mak pada minggu lepas.

"Cara untuk selesaikan hal ni cuma ada satu je. Kita kahwin ikut kata mak." Adam mengeluarkan idea yang paling bernas bagi dia.

"Lepas tu nak jadi apa dengan kita? Cerai? Abang ingat kahwin ni untuk sehari dua je ke?" Tanyaku geram.

"Ada ke abang kata kita akan bercerai? Itu biar masa yang tentukan. Kalau dah memang tertulis Qisy jodoh abang larilah hingga ke hujung dunia sekali pun, kita akan tetap bersama. Biar masa yang tentukan." Kenapa Adam mengeluarkan kata-kata seperti tiada perasaan?  Tidak risaukah dia?

"Qisy akan berterus terang dengan mak esok." Adam hanya memandang mendengar jawapan daripada ku.

Malam itu aku tidak dapat tidur dengan lena. Dah dua jam aku pusing ke kiri dan ke kanan namun mataku masih tidak mahu lelap. Akhirnya kau mengambil keputusan untuk turun minum air di bawah. Sewaktu aku lalu di hadapan bilik Adam aku ternampak dia sedang menunaikan solat. Setahu aku dia sudah solat Isya' tadi. Mungkin dia inginkan ketenangan. Pada malam itu juga aku telah membuat solat sunat istikharah.

===========================

Keesokkan harinya, semasa aku sedang duduk bersama opah di bawah pokok rambutan, Angah telah memberitahu bahawa mak sudah boleh keluar hospital. Jadi tidak perlulah aku ke hospital. Baru sahaja aku hendak masuk ke dalam, aku lihat Adam datang untuk menyertai aku dan opah. Sebaik terpandang muka dia, aku teringat mimpi aku semalam. Aku bermimpi aku bersembahyang jemaah yang diimamkan oleh suami aku. Aku dapat rasakan yang imamku itu bukan Zulfadhli tetapi perwatakannya seperti lelaki di hadapanku ini. Keputusan sudah ku buat.

"Amboii Qisya. Sungguh-sungguh Qisy tenung muka Asif tu. Dah lima tahun kenal tak puas tenung lagi ke? Opah gembira sangat sebab akhirnya Qisy bertemu juga dengan jodoh Qisy. Asif jaga Qisy elok-elok ye. Bila Asif nak bagi tahu keluarga Asif tentang Qisy? Qisy dah pernah jumpa keluarga Asif?" Tanya opah. Aku dapat melihat sinar kegembiraan di mata tuanya.

"Dah.. Belum." Jawab aku dan Adam serentak. Kami berpandangan seketika. Kenapa Adam ni? Kan aku memang tak pernah jumpa family dia lagi.

"Sebenarnya dah opah tapi masa tu kami masih berkawan je lagi. Selepas kami rapat ni Qisy belum pernah jumpa lagi. Insya Allah dalam masa terdekat ni Asif akan bawa Qisy jumpa keluarga Asif." Adam menerangkan perkara sebenar kepada opah. Tapi betul ke aku pernah berjumpa dengan keluarga Asif?

"Haa elok la kalau macam tu. Benda baik macam ni tak elok kita lambat-lambatkan. Lagi cepat lagi bagus. Kamu Qisy jangan lupa bagi tahu dekat abah nanti. Dah la, opah nak masuk dulu. Nak masak untuk bakal menantu opah ni." Opah mengingatkan aku. Ni lah benda yang menjadi masalah bagi aku. Malas betul aku nak berurusan dengan abah.


"Kenapa abang tipu opah?" tanya ku sebaik sahaja opah sudah memasuki rumah.

"Aikk, bila pula abang tipu opah?" soal Adam.

"Yang abang cakap dekat opah Qisy pernah jumpa family abang tu apa? Bila masa pula Qisy ada jumpa family abang?" soal ku balik.

"Ohh.. Ni mesti excited sangat dapat kahwin dengan abang. Tu la lupakan. Ok, cuba Qisy ingat balik soalan opah tadi. Soalan opah, Qisy dah pernah jumpa keluarga abang ke belum kan?" Soal Adam sambil memfokuskan perhatian sepenuhnya kepada ku. Aku hanya mengangguk sebagai jawapan kepada soalan dia.

"Qisy lupa ke yang Qisy pernah jumpa Man? Man tu kan adik abang. Dia bukan family abang ke?" soal Adam dengan kening yang sengaja dinaik-naikkan. Yerr. Aku sudah terkena dengan Adam. Hampeh.

"Menyampah la Qisy tengok muka abang macam tu. Tak payah la nak buat muka macam tu dengan Qisy. Muka macam orang tua gatal !" Aku terus menolak mukanya.

"Amboi.. Cakap abang ni orang tua gatal eh? Tak baik tau kecik kan hati suami."

"Cupp. Jangan nak perasan. Bakal suami. Belum lagi jadi suami." Aku memintas kata-kata Adam. Adam hanya ketawa mendengar kata-kataku.

"Abang, Qisy dah buat keputusan. Qisy terima idea abang. Apa yang akan jadi selepas kita kahwin, Qisy redha je. Andai kata jodoh kita hanya sekejap, insyaAllah Qisy dapat terima." Adam hanya memandang ku dengan senyumannya.


"Itu takdir Qisy. Takdir dah tentukan Qisy balik ke sini dengan abang. Secara tak langsungnya Qisy balik ke sini dengan bakal menantu mak. Kita serahkan kepada takdir kita. Allah dah tentukan yang baik-baik untuk hamba Dia." Adam menyerahkan segala-galanya kepada takdir untuk masa depan mereka.

"Qisy, lambat betul mak mertua abang sampaikan? Abang dah rindu sangat ni. Hehehe..." Saja la tu nak kenakan aku. Nah amik ni sekehan daripada aku. Aicaa ! "Qisy ! Sakit la.. Abang nak main-main pun tak boleh kan?"

Hahaha.. Suka hati aku bila dapat kenakan dia. Selalu tu asyik dia aje kenakan aku kan. Dalam kegembiraan mereka, mereka tak sedar sebenarnya ada orang yang sedang memerhati gelagat mereka.

"Aku redha Qisy. Mungkin dah tertulis kau bukan jodoh aku."

===============================

"Mana Adam, Qisy?" Mak mengambil tempat di sebelah aku. Mak nampak semakin sihat dah hari ni. Alhamdulillah. Baru la senang sikit hati aku nak balik ke Johor. Aku rasa aku nak minta tukar ke Perak la. Baru dekat sikit aku dengan mak. Hehehe.

"Entah la mak. Tadi dia yang bising suruh Qisy siap cepat la, apa la. Tak nak tempuh jalan jem konon. Ni dia yang tak balik-balik lagi. Seronok sangat dia datang sini." Bebel aku. Ketawa mak mendengarnya.

"Dah pandai membebel anak mak ni. Qisy, semalam mak ada berborak dengan Adam. Dia kata minggu depan.." Belum sempat mak menghabiskan kata-katanya, aku telah memotong dulu. "Minggu depan dia nak datang meminang? Kenapa dia tak cakap dengan Qisy apa-apa pun?"

Pap! Amik kau Qisy. Kan tak memasal kena lepuk dengan mak.

"Tak payah nak buat muka terkejut sangat tu. Tu la. Orang belum habis cakap lagi dia dah sibuk nak memotong cakap orang. Dah tak sabar-sabar sangat ke nak nikah? Mak nak cakap ni, semalam Adam ada minta izin dengan mak nak bawa Qisy pergi rumah orang tua dia minggu depan. Mak dah izinkan. Nanti dah pergi rumah orang tu jangan nak bangun lambat pula. Pandai sikit nak bawa diri tu." Ye. Pesanan khidmat masyarakat dari mak. Aku memang dah agak dah pesanan dari mak ni. Memang selalu dah mak bagi dekat aku.

"Ye Cik Arah. Qisy faham tu. Dah selalu Qisy dengar pesanan tu kalau Qisy pergi rumah orang lain kan. Lain kali Qisy nak rekod je la. Tak payah mak penat nak ulang suara kan? Hihihi."

"Orang cakap dia main-main! Umur tu dah 22 tahun tapi perangai macam budak baru umur 12 tahun. Mengada-ngada." Tu dia kata-kata dari mak. Ada ke patut cakap aku ni mengada-ngada pula. Mak... Anak mak ni bukan ngada-ngada la tapi manja. Hehehe.

Baru je aku buka mulut nak menjawab cakap mak tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam.

"Assalamualaikum mak cik, Qisya."

"Wa'alaikumussalam Zul." aku dan mak menjawab salam Zul serentak. Dia rupanya yang datang.

"Zul mengganggu ke ni?" Zul bertanya sopan. Sopan pula budak ni sekarang. Dulu main redah je semua.

"Ehh, tak la Zul. Jemput la Zul duduk sini. Makcik masuk buat air dulu." Aku memandang mak. Mak ni mesti nak bagi ruang dekat Zul ni untuk luah perasaan dia dekat aku ni.

Sebaik sahaja mak dah masuk ke dalam, aku menjemput Zul duduk. "Jemput la duduk Zul. Kau sihat?"

"Alhamdulillah sihat. Qisy, aku ada benda nak cakap dengan kau." Jawab Zul. Pandangan dari Zul membuatkan aku jadi gelabah.

"Hehe. Tanya la. Ngada-ngada kau eh? Sejak bila kau jadi pemalu ni. Kalau kecik-kecik dulu tak pernahnya aku tengok kau pemalu macam ni. Semuanya kau main aci redah je. Sampai kalau boleh nak mandi pun nak mandi sama dengan aku." Ehh apa ke melalut kau ni Qisya sampai ke mandi tu pun kau nak cerita. Punya la gelabah. Buat malu je. Tapi aku tengok Zul ni senyum je. Tak kelakar ke lawak aku ni?

"Qisya, aku nak tanya ni. Kau tak pernah langsung ke ada perasaan sayang dekat aku? Sikit pun dalam hati kau tu tak ada ruang untuk diri aku? Dari kecik Qisy kita sama-sama. Aku tak tahu sejak bila dalam hati aku ni ada nama kau. Tapi sekarang aku dah tak boleh simpan lagi sebab tu aku hantar rombongan meminang untuk kau sebab aku fikir kau sama macam aku. Aku tak sangka kau dah ada pilihan hati sendiri. Kenapa kau tak pernah cerita dengan aku Qisy? Kenapa kau bagi harapan dengan aku Qisy?" Luah Zul tanpa memberi ruang langsung kepada Qisya untuk menerangkan segala-galanya. Zul memandang Qisya dengan penuh hampa. Redup wajahnya.

"Zul, aku tak tahu yang kau ada simpan perasaan dengan aku. Dari kecik Zul kita sama-sama. Macam mana kau nak aku simpan perasaan dengan kau? Aku tak pernah anggap lebih dari seorang kawan dan bagi aku kau kawan, kau jugalah musuh aku. Bagi aku, kau abang aku Zul. Kalau dulu ada orang nak ganggu aku, kau la yang ada untuk selamatkan aku. Macam mana kau nak aku bagi tahu kau yang aku dah ada pilihan hati sendiri sedangkan aku sendiri tak tahu yang kau ada simpan perasaan terhadap aku. Selama ni aku ingat kau jaga aku sebab aku adik kau. Aku minta maaf Zul, aku tak mampu untuk membalas perasaan kau." Aku memandang ke arah Zul. Terlihat sayunya muka dia. Rupanya aku salah sangka selama ni. Aku sangkakan dia begitu jaga aku kerana aku adiknya tapi ternyata aku silap.

Zul terus menarik tangan Qisya. "Qisya, Qisya. Tak kan sekelumit pun tak ada ruang untuk aku? Cuba kau tanya hati kau Qisy. Aku tahu kau keliru. Sebab tu kau tak pilih aku kan? Betul kan Qisya?"

Besar sungguh harapan kau padaku Zul. Aku memandang ke dalam-dalam mata Zul untuk mencari kebenaran yang dikatakan oleh Zul. Benarkah aku yang keliru? Tapi sayangnya aku tak dapat merasakan apa-apa saat aku pandang ke mata Zul. Tapi berbeza jika aku berada dekat dengan Adam. Sampai saat ini aku masih berasa pelik, kenapa perasaan aku jadi tidak tentu arah bila bersama dengan Adam.

"Aku minta maaf Zul. Aku dah cuba Zul. Tapi aku tak temui apa-apa saat aku tenung ke dalam mata kau, Zul. Mungkin kita memang ditakdirkan untuk menjadi sahabat je Zul. Aku minta maaf Zul." Aku mohon pengertian dari kau, Zul. Aku tak mampu untuk terima dirimu.

"Aku minta maaf Qisy kalau aku terlalu memaksa kau. Mungkin betul kata kau yang kita ni memang ditakdirkan untuk menjadi sahabat je. Apa pun yang terjadi, aku harap kau tak lupakan aku. Aku terima Qisy keputusan kau. Aku terima dengan redha. Aku lepaskan kau. Aku harap kau bahagia dengan pilihan kau. Aku doakan kau." kata Zul bersama senyuman yang kelihatan sangat dipaksa. Sebaik sahaja Zul menghabiskan kata-kata akhirnya, aku terlihat kereta Harrier milik Adam memasuki laman rumah. Terus aku menarik tangan aku yang masih berada di dalam genggaman Zul. Sumpah aku tak sedar yang tangan aku masih digenggamnya.

================================

Sudah sejam kami berada di dalam kereta ni tapi belum lagi aku mendengar suara yang keluar dari mulut Adam. Dari sejam tadi hanya terdengar gesekan biola daripada Kenny G sahaja. Selalunya jika Adam mendengar lagu Kenny G, ini bermakna bahawa dia di dalam keadaan bengang!

Sebaik sahaja Adam meletakkan keretanya, dia terus pergi mendapatkan Qisya. Pandangan tajam dari Adam membuatkan Qisya tidak mampu untuk menelan air liur. Terasa berpasir air liur sendiri!

"Abang, kenalkan ni Zul. Kawan Qisy. Rumah dia dekat depan sana tu je." Aku memperkenalkan Zul kepada Adam. Aku harap ini perkara baik yang telah aku lakukan. Adam menghulurkan tangan kepada Zul.

"Adam, Adam Hasif. Bakal suami Qisya Azzalea." Adam memperkenalkan dirinya dan aku dapat lihat riak terkejut di wajah Zul.

"Zulfadhli." Salam yang dihulurkan oleh Adam disambut. Ringkas Zul memperkenalkan dirinya. Aku dapat melihat suasana yang tegang di sini.

"Dah lama ke kenal Qisya?" Tanya Adam serius. Apa kes dia ni? Langgar tahi lembu ke dia tadi? Kereta dia tu bukannya boleh kotor sikit. Alaa standard la kalau langgar tahi lembu pun tapi kat kampung aku ni mana ada lembu. Pelik, pelik.

"Dah. Dari zaman kecik lagi. Tak pe la Qisy, Adam. Aku balik dulu la. Lagipun aku nak siap-siap nak balik KL ni. Jumpa lagi." Zul bersalam dengan Adam dan dia terus beredar meninggalkan kami. Aku hanya memandang. Aku dah kata da. Tak adanya mak tu nak buat air sangat. Nak bagi ruang dekat aku je tu.

"Tak puas ke sampai orangnya dah tak ada pun nak pandang lagi." Adam berkata dan terus masuk ke dalam meninggalkan aku. Tak faham aku dengan dia ni. Aku biarkan je dia. Dekat dalam tu ramai yang boleh layan dia. Lebih baik aku duduk dekat sini main dengan Jojo aku. Jojo adalah arnab aku.

Aku teringat kepada peristiwa tadi. Aku memandang ke arah Adam. Dari tadi langsung tak keluar suara. Penat la aku macam ni. Aku ni mana la reti nak diam je macam ni.

Akhirnya, "Abang..." Aku menunggu reaksi daripada Adam.

"Hurmm.." Adam menjawab dengan suara yang tidak berperasaan. Matanya tetap ke arah jalan raya. Langsung tidak toleh sikit pun ke arah Qisya.

"Qisy ada buat salah dengan abang ke sampai abang diam je macam ni? Dah tak nak cakap dengan Qisy ke?" Tanya ku. Mencuba nasib dan sememangnya aku tidak tahu apa salah ku kepadanya.

"Abang tak nak cakap sekarang. Balik nanti kita bincang." Putus Adam.

Nak bincang apa dia ni? Tak cukup-cukup lagi ke dengan apa yang dah dibincangkan masa dekat kampung? Aku pun dah malas nak jawab dan fikir lagi. Kalau macam tu kata dia, tak apa la. Aku tidur la dulu. Lagi bagus. Indahnya...

BERSAMBUNG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mahu komen ? Komen di sini.. Ila sedia menerima komen anda.. Terima kasih =)