Halaman

♥ FOLLOW ME HERE ♥

Jumaat, 29 Mac 2013

Petanda Si Dia SOULMATE Kamu

♥ SALING BEKERJASAMA
Kriteria ini amat penting kerana jika si dia sering memberi kerjasama dalam setiap urusan hidupmu, pastinya ia calon ideal untuk kamu jadikannya sebagai teman hidupmu. Sudah kamu temui putera impianmu itu ? Jika ya, segeralah tawan hatinya sebelum si dia menjadi milik orang lain, nanti kamu juga yang menyesal tak terkata.

♥ BERSIKAP BERSAHAJA
Walaupun ciri ini tampak remeh, tapi ada bagusnya juga kerana ia dapat membantu kamu mengenali sikapnya yang sebenar. Bak kata pepatah "Masuk Kandang Kambing Mengembik, Masuk Kandang Harimau Mengaum" jika si dia tampak relaks dan bersahaja bersama seluruh ahli keluargamu, ternyata si dia bukan sahaja mampu membahagiakan hidupmu malah ahli keluargamu yang lain juga akan turut gembira. Nanti barulah hidup lebih harmoni ! Tetapi jika sebaliknya pula yang terjadi, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu dan segeralah susunkan ayat untuk menolak cintanya itu sebelum terlambat.

♥ GERAK HATI SEIRING
Manusia memang ditakdirkan berpasangan, jadi jika kamu mendapati si dia sering bergerak seiring denganmu dari aspek pemikiran serta citarasa terutamanya. Tahniah ! Itu mungkin jodohmu dan destinasi kebahagiaan sememangnya milikmu.

♥ HATI NYAMAN
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa sebarang tekanan. Setiap detik bersama tidak pernah membuat dirimu merasa bosan. Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan sering terikat.

♥ PENYELAMAT
Dia selalu ada untukmu dalam apa jua situasi ? Dan dia tidak pernah lepas menemani kamu dalam suka dan duka ? Jika ya, tak syak lagi dialah putera yang kamu cari ! Sikapnya yang sentiasa memahami dan sering menjadi hero dalam pelbagai situasi hidupmu, pastinya calon tepat untukmu. Jika si dia turut punya perasaan yang sama, segeralah rencanakan kehidupanmu ke jinjang pelamin.

♥ TERIMA SEADANYA
Si dia tidak peduli dengan masa lalu keluargamu ? Masa silammu bersama bekas kekasih hati ? Serta tidak segan untuk menceritakan masa silam dan baik buruknya ? Ya, memang dialah teruna khas buatmu kerana mampu menerima siapa dirimu seadanya. Setiap orang mesti mempunyai kekurangannya yang tersendiri dan tiada individu yang sempurna. Jadi usah tunggu lagi ! Segera luahkan isi hatimu kepadanya sebelum terlewat.

♥ MENYEJUKKAN HATI BONDA
Ciri ini memang paling penting, nak tahu kenapa ? Kerana hanya ibubapa sahaja yang begitu mengenali anaknya. Jika ibu kamu begitu menyenangi si dia saat pertama kali dipertemukan, itu bukan sahaja petanda baik buatmu. Malah kamu juga pasti bahagia hidup bersamanya dek doa dan restu ibubapa kepada perhubungan kamu berdua.

Rabu, 27 Mac 2013

TAHUKAH Kamu Perbezaan Erti Cinta, Sayang, Minat dan Suka ?

CINTA : Kamu memang mengharapkan si dia menjadi milikmu. Segala apa yang kamu lakukan, kalau boleh segalanya ingin si dia tahu. Begitu juga dengan perasaannya, jika boleh memang tidak mahu sakiti langsung. Ringkasnya, apa sahaja perihal si dia, memang kamu ingin tampil terbaik di hadapannya dan jika sehari tidak berhubung dengannya, bagai tidak lengkap pula rutinmu pada hari itu.

SAYANG : Ia tampak serupa dengan perasaan cinta. Namun bezanya, bagi orang yang kita hanya sayang ini adalah kita memerlukan si dia untuk menjadi pendengar setia untuk bagi segala rahsia dan kisah duka yang kamu alami. Dalam erti kata lain, sayang ini ditujukan kepada seseorang yang sanggup melenyapkan masa santainya untuk mendengar segala keluhan dan masalahmu yang memeningkan kepala itu. Selalunya, individu untuk ciri ini adalah di kalangan teman karib kamu sama ada lelaki mahupun perempuan.

SUKA : Adalah ciri yang berjaya membuat dirimu terhibur saat berkawan dengannya dan si dia adalah dalam kalangan rakan sekerja mahupun kuliahmu. Tetapi tahap kerinduanmu terhadap si dia tidaklah sama seperti merindui cinta hatimu. Cuma jika dikenangkan untuk seketika, kamu pasti merindui untuk bergelak ketawa bersama mereka ini.

MINAT : Selalunya ada sesuatu pada dirinya yang menarik hati kamu unutk mendekatinya. Perasaan jarak jauh itu sama seperti kamu meminati selebriti pujaan yang mana kamu meminati gaya, rupa mahupun lakonan mereka.

Rona Cinta

Sukar untuk mentafsir cintamu dengan si dia ? Jom kenali variasi jenis cinta yang mugkin dapat membantumu memahami sebuah lagi frasa wajib dalam kebanyakan kehidupan manusia...

i) Cinta Pertama
Biasanya fasa ini dilalui ketika usiamu masih mentah dan kamu terus menganggap si dia cinta hatimu pada pandangan pertama. Tiada kriteria yang spesifik untuk kategori ini, tetapi gerakan tubuh mahupun keayuan raut wajah sering membuatkan kamu terpana seketika dan jatuh hati.

ii) Cinta Sejati
Cinta yang kalau boleh impikan sehidup semati bersama ! Rasionalnya, daripada biar si dia berduka lara seorang diri sedih kehilangan kekasih hati. Adalah lebih baik hidup semati bersama, tapi siapalah kita nak menyangkal takdir tuhan, bukan ? Jadi, sayangi dan hargailah si dia sepenuh hatimu selagi mampu daripada menyesal dikemudian hari !

iii) Cinta Tiga Segi
Cinta yang harus dielakkan kerana ia bakal dipenuhi dengan pelbagai konflik. Lebih bahaya, jika sampai ke jinjang pelamin pun kamu masih tidak dapat membuat keputusan siapakah "Adammu" yang sebenar.

iv) Cinta Monyet
Saat yang agak manis bagi sesetengah individu ketika di alam persekolahan kerana ketika itu kamu hanya mahu rasa untuk miliki teman yang lebih akrab. Kisah cinta ini ada yang selamat mendirikan masjid, tetapi ada juga yang tinggalkan cinta itu sebagai satu kenangan indah sahaja dalam momen hidup mereka.

v) Cinta Dua Darjat
Terjadi apabila kamu dan si dia punya latar belakang keluarga yang berbeza. Untuk lebih jelas, cinta jenis ini tak ubah persis nasib Kassim Selamat lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Jika kamu tidak bersedia untuk mengalami momen seperti itu, mulalah merencana cerita cintamu dengan lebih baik atau perbanyakkan komunikasi diantara kamu dan si dia.

vi) Cinta Songsang
Kedengaran pelik, tetapi itulah lumrah hidup zaman ini. Naluri yang mereka rasakan itu bertentangan dengan norma kehidupan manusia kerana cinta itu sepatutnya diantara individu berlainan jantia, tetapi sebaliknya pula berlaku.

vii) Cinta Siber
Bila zaman mula maju ke hadapan, ada yang secara tak sengaja menjalin menjalin hubungan cinta dengan memilih cara yang lebih mudah iaitu secara maya. Hinggakan penyanyi terkenal Najwa Latif tampil dengan lagu "Cinta Muka Buku" bagi menggambarkan suka-duka cinta siber ini.

Kisah Cinta

Soal cinta bukan perkara yang remeh temeh. Menjaga pasangan dengan baik akan memberikan kebahagiaan dalam percintaan. Di sini mungkin dapat membantu ANDA semua menyelami kisah cintamu...

1) AQUARIUS (20 Jan - 18 Feb)
Bukan saja kamu, tetapi ramai lagi yang menunggu si dia. Jadi jagalah hati si dia sebaik mungkin. Jika tidak, kamu juga yang melepas apabila si dia jatuh ke tangan orang lain. Nanti kamu juga yang rugi.

2) PISCES (19 Feb - 20 Mac)
Cinta kamu pada si dia tidak pernah berubah sejak dari zaman sekolah lagi. Semoga jodoh kamu berkekalan ! Kalau bajet kewangan sudah mencukupi, tiada salahnya teruskan perancangan ke jinjang pelamin walaupun usia masih muda.

3) ARIES (21 Mac - 20 April)
Jauhkan dirimu dari terjerat dengan cinta tiga segi. Setialah pada yang satu daripada melukakan hati mereka. Ketika ini mungkin kamu seronok mempermainkan mereka, esok lusa hati kamu pula yang rancak dipermainkan orang.

4) TAURUS (21 April - 20 Mei)
Walau cintamu itu hanya bertepuk sebelah tangan. Tidak perlulah kamu berterusan berduka lara, mungkin ada jejaka yang lebih baik daripada si dia buat dirimu. Jadi tingkatkan semangat dan lalui hudupmu dengan lebih ceria.

5) GEMINI (21 Mei - 20 Jun)
Cinta sejati memang tidak mudah untuk dimiliki. Buat dirimu yang berjaya menemuinya, raikan kasihmu itu dengan ikatan yang lebih rasmi. Pasti hidup kamu berdua akan lebih bahagia bersama. Tak percaya ? Cuba kamu terima lamarannya nanti !

6) CANCER (21 Jun - 20 Jul)
Walaupun hubungan kamu kini bagai di hujung tanduk, cuba tenangkan fikiran dan cari jalan penyelesaian jika jika benar kamu menyayanginya. Mungkin dengan perbincangan dari hati ke hati bakal mengubah persepsinya perihal dirimu.

7) LEO (21 Jul - 21 Ogos)
Bercinta terlalu lama mungkin bakal menerbitkan sedikit rasa bosan di hatimu. Oleh itu, cuba seimbangkan perhubungan kamu berdua dengan keluar bersama rakan mahupun keluarga masing-masing. Nanti kamu tidaklah bosan melihat si dia sahaja !

8) VIRGO (22 Ogos - 22 Sep)
Kamu pasti bosan apabila si dia sering memberikan respon negatif apabila bicara soal perkahwinan, bukan ? Jadi, apa kata kamu berikan sedikit kata "gertak manja", nanti barulah si dia sedar akan kepentingan dirimu dalam hidupnya.

9) LIBRA (23 Sep - 22 Okt)
Kamu sering mengharapkan agar peroleh pasangan yang sempurna paras rupanya tetapi cintamu pula yang sering dikecewakan. Sebaiknya, cuba buka hati dan fikiranmu untuk terima cinta tulusnya walaupun tanpa paras rupa yang kamu idamkan.

10) SCORPIO (23 Okt - 22 Nov)
Kawal sedikit kasih sayangmu kepada si dia. Caramu ini, bukan sahaja dapat memastikan kamu berdua berada di landasan yang benar, malah ia juga turut membantu kamu mengetahui isi hatinya yang sebenar terhadap perhubungan ini.

11) SAGITARIUS (23 Nov - 20 Dis)
Tanpa disedari cinta kamu berputik dek kerana sikap si dia yang lucu dan sering mencuit hatimu, bukan ? Walaupun kamu segan untuk mengakuinya, kamu boleh cuba untuk nyatakan hasrat tersebut melalui pesanan ringkas pun memadai.

12) CAPRICORN (21 Dis - 19 Jan)
Jangan memberi janji palsu kepada si dia, kelak akan memakan dirimu sendiri nanti. Sebaiknya, cuba berterus terang dengannya yang kamu tidak mampu untuk menrima cintanya. Dengan itu barulah si dia lebih memahami.