Novel: Abangku Mr Hubby 4
Hai, assalamualaikum =)
Sudah seminggu kejadian itu berlaku dan sudah seminggu jugalah berlalu tanpa calon suami untuk aku kenalkan kepada mak. Nampaknya jodoh aku dengan anak Pak Hidir tu aje la.
"Hey, kenapa ni asyik termenung je dari tadi abang tengok? Qisy fikir apa? Sorry sebab pagi-pagi dah kacau Qisy ajak teman abang pergi Kajang ni." Terdengar suara serba salah dari Adam. Tengah memandu pun masih sempat lagi curi pandang Qisya.
"Tak la. Tak ada kena mengena pun dengan teman abang ni. Qisy dah biasa dah kena kacau dengan abang pagi-pagi time hujung minggu Qisy." Jawab ku bersama senyuman.
"Hehe.. Pandai kenakan abang balik. Ok jom. Tu kedai kawan abang. Lepas dah settle hal dekat sini, abang bawa Qisy pergi shopping eh. Abang belanja adik abang ni."
Yes! Perkara yang aku sangat suka! Ini mampu untuk membuatkan aku senyum hingga ke telinga.
"Ok Qisy. Sekarang abang nak bawa Qisy pergi Alamanda. Let's go dear." Keluar sudah suara riangnya. Selepas kejadian itu, agak susah untuk aku mendengar tawanya.
Tiba-tiba aku mendapat panggilan daripada kakyong.
"Adik, adik dekat mana?" Kedengaran suara cemas daripada kakyong.
"Adik dekat Putrajaya ni. Kenapa yong?" Hatiku berasa tidak sedap pada saat ini. Seakan ada sesuatu yang telah terjadi. Adakah ini melibatkan mak?
"Kakyong nak beritahu ni. Mak ada dekat KPJ Ipoh ni. Mak masuk hospital pagi tadi sebab demam panas. Ni kakyong ada dekat hospital ni, angah pun ada sekali ni." Perkhabaran daripada kakyong mampu membuatkan air mata ku menitis. Adam yang melihat terus memberhentikan keretanya di tepi jalan.
"Adik nak balik. Adik balik. Cakap dengan mak tunggu adik. Nanti kalau ada apa-apa bagi tahu adik. Assalamualaikum." Aku perlu pulang. Mak memerlukan anak-anaknya di saat ini. Oleh kerana perbezaan umur di antara aku dengan adik aku ialah 10 tahun, aku merupakan anak yang paling manja dengan mak.
"Qisy ok? Kenapa ni? Jangan la terus diam macam ni. Risau abang." Risau Adam dibuatnya dengan keadaan Qisy yang sebegini.
"Abang tolong hantar Qisy dekat tempat bas. Qisy nak balik Ipoh. Mak tak sihat. Demam panas. Abang tolong hantar Qisy eh?" Pinta aku penuh pengharapan dan semoga ada bas untuk ke Ipoh.
"Abang hantar Qisy ye sayang tapi bukan ke terminal. Abang hantar Qisy sampai Ipoh. Qisy jangan risau sangat macam ni. Tak nak nangis lagi. Tak comel dah adik abang ni. Abang ada dengan Qisy." Terdengar ikhlas kata-kata yang keluar dari mulut Adam.
"Jauh la sampai Ipoh abang nak hantar Qisy. Biar Qisy balik dengan bas je."
"Nope. Now you are with me. When you are with me, you are my responsibility. Sekarang Qisy pejamkan mata, tenangkan fikiran. Dah sampai nanti abang kejut Qisy." Jawab Adam sambil di usapnya kepala Qisya.
"Tapi abang tak bawa baju." Baru aku teringat yang dia sehelai sepinggang je hari ni.
"Tak ada masalah tu semua. Nanti Qisy boleh teman abang pergi beli baju untuk abang kan?"
Aku hanya menjawab dengan anggukan sahaja kepada soalannya. Aku melelapkan mata. Aku inginkan ketenangan. Risau hatiku dibuatnya. Nasib baik la hari ni Adam memandu kereta Toyota Harrier nya. Tidak la dia terlalu penat sangat kerana kereta itu bergear auto.
============================
Akhirnya perjalanan yang mengambil masa selama 3 jam ini sampai juga. "Qisy, bangun Qisy. Kita dah sampai hospital ni."
Qisya bangun dengan terpisat-pisat. "Kita kat mana ni abang? Sorry tak teman abang driving. Qisya tertidur."
"It's ok dear. Lagipun kan memang abang yang suruh Qisy tidur. Dah jom. Tak payah nak fikir-fikir lagi. Qisya tahu tak mak ada dekat wad berapa?" Tanya Adam sambil tangannya cuba untuk membetulkan rambut yang terjuntai di mukaku. Dup dap dup dap. Jantung aku dah buat perangai balik. Kalau macam ni selalu, aku kena pergi check doktor ni.
"Tahu. Dah jom la." jawab aku cepat lalu terus turun dari kereta. Tak tahan aku lama-lama pandang mata Adam membuatkan irama jantung aku tidak senada lagi.
Lif yang membawa kami ke wad mak terasa begitu lambat bergerak seolah-olah tidak bergerak langsung. Keadaan orang yang ramai membuatkan aku jadi pening kepala. Setelah lif berhenti, aku terus tarik tangan Adam untuk keluar dari dalam lif itu. Akhirnya kami sampai juga di hadapan bilik mak. Pintu ku ketuk dan aku terus mendapatkan mak. Pipinya ku cium bertalu-talu.
"Mak.. Kenapa tak cakap yang mak tak sihat? Semalam Qisy telefon mak kenapa mak tak bagi tahu kepada Qisy? Sampai hati mak.." Soal aku sambil menyalami tangannya. Risau sungguh hati ku.
"Mak tak ada apa-apa la sayang. Lepas dah makan yang diberikan doktor tadi mak rasa badan mak macam dah lega sikit. Risau sangat dia. Siapa bagi tahu Qisy yang mak kena tahan wad ni?" Puan Zahara memandang penuh sayang ke wajah anak dara bongsunya.
'Anak ini walaupun sudah berumur 22 tahun tetapi tetap manja dengannya lagi mengalahkan adiknya yang berusia 12 tahun itu' Puan Zahara berkata di dalam hatinya.
"Kak yong telefon Qisy tadi. Lepas dapat berita tu terus Qisy balik sini. Risau sangat Qisy rasa. Ni bila dah tengok dengan mata Qisy sendiri baru lega sikit."
"Ehh, adik balik sini drive sorang-sorang ke?" Soalan daripada angah telah mampu membuatkan otak ku bekerja dengan lebih kuat. Sorang?? Aku balik dengan Adam tapi di mana dia? Aku memusingkan mata ku ke sekililing kawasan bilik mak tapi aku tak nampak dia pun. Mana dia? Kak yong hanya tersenyum melihat tingkah laku ku.
==============================
Jam sudah menginjak ke pukul 7 malam sewaktu aku dan Adam sampai ke rumah ku. Malam ini Adam akan tidur di rumah ku. Yang aku sukanya tentang rumah mak ini sebab rumah ini masih mengekalkan ciri-ciri rumah kampung. Di tingkat atas rumah ini masih berdinding papan dan di tingkat bawah sudah di tukar kepada dinding batu. Dahulu di bawah ini tidak terdapat bilik, sekarang di bahagian bawah sudah ada 2 bilik. Kadang-kadang kalau aku malas untuk tidur di bilik ku di atas, aku hanya tidur di bilik bawah ini sahaja.
"Assalamualaikum opah." Sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah, terlihat wajah tua opah yang sedang menonton Astro Oasis di ruang tamu. Rindunya...
"Opah.. Rindunya dengan opah. Dah tiga bulan tak jumpa rasa macam dah lama sangat ni."
Seronok rasanya bila dapat memeluk opah. Opah hanya mengusap kepala ku. Aku suka apabila di manja begini. Oleh kerana opah hanya seorang diri di rumahnya, jadi mak telah mengajak opah untuk duduk bersama kami. Sejak itu, opahlah yang menjadi peneman mak selepas abah meninggalkan mak kerana berkahwin dengan perempuan lain. Aku juga jarang berhubung dengan abah.
"Opah pun rindu juga dengan cucu opah yang manja sorang ni. Qisy dah jumpa mak?" Tanya opah.
"Dah tadi. Sampai je Qisy terus pergi ke hospital. Qisy sampai dalam pukul 3.30 tadi."
"Heyy adik. Macam la dia sorang je yang ada opah. Tu opah kak yong dengan angah dengan aby jugak tau. Ni Adam ni dibiarkan lagi. Lupa lagi la tu kan?" Angah menegur ku dengan senyuman menyakatnya. Aby adalah panggilan kami kepada adik ku dan hanya kak yong dan angah sahaja yang memanggil aku dengan panggilan adik. Alamak. Teruja sangat jumpa opah sampai aku lupa lagi dengan Adam.
"Ohh.. Jadi ini lah dia bakal cucu menantu opah ye? Pandai Qisy pilih. Sedap mata opah memandang Asif. Diam-diam aje Qisy. Tahu-tahu ni dah ada. Boleh opah panggil dengan nama Asif? Dah lama kenal dengan Qisy?" Soal opah kepada Adam. Opah lebih memilih untuk memanggil Adam dengan nama Asif dan seperti yang aku jangka. Opah juga telah tersalah faham. Banyak yang aku kena terangkan kepada Adam dan kenapa dia tidak menafikan kata-kata opah itu?
Baru sahaja aku ingin mengeluarkan kata-kata untuk menafikan kata-kata opah itu, Adam sudah menjeling kepada aku dan dia terus menjawab soalan opah. Apa masalah dia? Betul la apa yang aku ingin katakan ini. Dia bukan menantu mak!
"Boleh opah. Rasa special pula sebab opah sorang je panggil dengan nama Asif." Adam menjawab dengan gembiranya dia. Kenapa suka sangat hati dia ni? Tak faham aku.
"Nak kata lama sangat tu tidak la opah. Ada lah nak masuk tiga tahun kami berkawan. Adam kenal Qisy dari zaman Qisy belajar lagi. Zaman Qisy masih budak-budak lagi." Sambung Adam lagi dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya. Pasti lesung pipit yang terhasil dari senyuman dia itu yang menarik hati orang untuk melihat dia.
"Tapi kenapa Qisy tak pernah cerita langsung pasal Asif sepanjang tiga tahun ini?" Tanya opah kepada aku. Ah sudah. Apa aku nak jawab ni? Semua memandang kepada aku, menanti jawapan daripada aku. Ni semua salah Adam Hasif! Kalau dia tak memandai mengaku yang dia ni bakal menantu mak tak ada la aku pening macam ni.
"Sebab tak ada orang tanya pasal dia pun. Buat apa pula Qisy nak cerita pasal dia? Lebih baik Qisy cerita pasal Qisy je." Dengan muka yang tidak bersalah aku menjawab. Kak yong dengan angah gelakkan aku. Sukanya dapat kenakan aku. Tak boleh jadi ni. Aku kena suruh Adam masuk bilik. Kalau nanti lagi banyak soalan pelik yang aku kena jawab.
"Abang, jom la Qisy tunjuk bilik abang. Abang mesti penatkan drive sorang jauh-jauh dari tadi. Dah, dah. Jom pergi mandi. Ehh, maksud Qisy abang pergi mandi sembahyang. Maghrib pun dah nak masuk ni." Apa aku sampai melalut ajak dia pergi mandi pula. Adam Hasif punya pasal la ni!
"Abang tak puas lagi borak dengan opah la." Opah hanya tersenyum mendengar jawapan daripada Asif nya. Oleh kerana terlalu geram dengan Adam, secara tak sengaja aku telah mencubit kaki Adam. Apabila dia pandang ke arah ku, aku menunjukkan isyarat padan muka dan dengan isyarat mata, aku menyuruh dia nak ke bilik di atas. Nasib baik dia menurut juga.
"Nah, ni ada tuala dengan kain pelikat. Nanti kalau abang nak apa-apa lagi, abang cakap dengan Qisy." Aku menghulurkan tuala dan kain pelikat kepada Adam.
"Baru abang tahu rupanya bakal isteri abang ni manja orangnya. Selama ni abang tengok kasar je." Kata-kata mampu membuatkan aku rasa nak cabut je lesung pipit yang dia dok tayang dari tadi tu.
"Tak kuasa Qisy nak layan. Malam ni lepas Isya' kita keluar. Banyak benda Qisy nak selesaikan dengan abang. Abang jangan nak mengarut lebih-lebih lagi dengan family Qisy ehh." Aku memberikan amaran kepada Adam tetapi amaran aku itu seperti sedang berlawak pula kepada Adam. Boleh pula dia ketawakan aku dan terus masuk ke biliknya.
================================
Seusai solat Isya', aku terus turun ke bawah. Sementara menunggu Adam bersiap, aku mengambil kesempatan itu untuk bermanja dengan opah. Hihihi...
"Opah, mana yang lain? Patut la sunyi je rumah ni. Qisy ingatkan semua kat bawah tadi."
"Diorang semua keluar pergi makan la. Dah Qisy kata tadi nak keluar dengan Asif kan, jadinya diorang pergi je la tak tunggu Qisy." Ohh, patut la sunyi je. Sampai hati keluar tak ajak aku. Tak patut betul. tapi tak pe, kejap lagi aku nak keluar untuk selesai salah faham di antara aku dengan bakal suami aku ni. Bakal suami la sangat!
Baru je aku nak letak kepala aku atas peha opah, aku dah terdengar suara dia. "Qisy jom. Balik karang sambung bermanja dengan opah lagi eh. Qisy tu karang dah letak kepala tu mesti tidur terus tu. Dah la kuat tidur." Ucap Adam bersahaja sambil menuruni tangga. Dia berpakai santai. Dengan t-shirt berleher V dan seluar jeans. Tapi kenapa sebelum ni aku langsung tak pernah tertarik dengan dia? Betul ke aku tak pernah tertarik dengan dia? Yang selama ni jantung aku tak tentu arah bila berhadapan dengan dia tu apa?
"Hurmm... Kalau macam ni gayanya, nampaknya bulan depan kat rumah kita ni akan ada kenduri besar ni." Opah berkata sambil menjeling ke arah ku. Aku memandang ke arah opah dan mengangkat kening menandakan yang aku tidak faham apa yang dimaksudkan oleh opah.
"Duk tenung anak teruna orang macam tu kenapa? Bulan depan kita adakan kenduri kahwin Qisya dan Asif ye?" Tanya opah. Aku memandang ke muka opah untuk mencari tanda-tanda yang opah sedang bergurau tetapi aku tak jumpa langsung tanda itu dan apabila aku melihat ke arah Adam, dia hanya tersenyum sahaja. Dia ni dah pekak ke? Dia tak dengar ke yang opah nak kahwinkan dia dengan aku bulan depan? Betul ke ni abang aku yang aku kenal sebelum ni? Pelik pula aku.
"Tak apa la opah. Nanti Asif bincang dengan keluarga Asif dulu macam mana. Insya Allah. Kami keluar dulu la opah. Takut nanti lambat pula balik." Adam menjawab dengan penuh yakin dan dia terus menyalami tangan opah. Baru sekejap mengenali opah namun hatinya sudah jatuh sayang kepada opah.
Malam itu, aku membawa Adam menikmati char kuew tiaw di dataran. Dahulu, di sini la tempat yang aku akan lepak bersama dengan kawan-kawan ku yang lain dan termasuk la juga Zulfadhli tu. Agaknya sejak bila la dia ada menaruh hati terhadap aku? Setelah selesai makan, kami duduk menikmati angin malam di dataran. Hati aku rasa seronok melihat kanak-kanak berlari berkejaran sesama mereka. Malam ni adalah malam minggu, patut la ramai orang.
"Perkara apa yang Qisy nak abang selesaikan? Abang rasa kita tak ada apa-apa masalah kan? Abang rasa Qisya Azzalea yang patut bagi tahu abang apa yang abang perlu tahu." Adam bertanya sambil memandang tepat ke arah Qisya. Mungkin ini juga memang salah aku sebab tidak bercerita kepada Adam tentang pinangan dari keluarga Zul.
"Kenapa abang tak nafikan je bila mak cakap abang menantu mak? Kenapa abang cakap dengan opah yang abang nak datang meminang Qisy bulan depan? Kenapa abang cakap semua tu tanpa berbincang dengan Qisy?" Buat masa ini, itulah soalan yang bermain di fikiranku.
BERSAMBUNG
best,..
BalasPadamterima kasih =)
BalasPadam