Halaman

♥ FOLLOW ME HERE ♥

Khamis, 5 Disember 2013

Novel: Abangku Mr Hubby 3

Malam Sabtu ni, aku hanya menghabiskan waktu dengan melayan cerita-cerita yang ada dalam laptop aku ni bersama dengan Fara dan Sheira. Jimat duit untuk tiket wayang aku. Ni dengan keropoknya lagi. Memang selesa! Kalau macam ni hari-hari, gemuk la aku jawabnya. Makanan tak berkhasiat ni.

"Qisy, asal kau tak keluar malam ni? Selalu kau keluar dengan abang kau?" Tanya Sheira dengan muka pelik dia. Apa ke pelik sangat ke kalau aku tak keluar pun?

"Kau tak payah nak buat muka pelik kau tu sangat. Tak ada pelik mana pun kalau aku tak keluar dengan abang aku tu. Sebab tak keluar dengan dia la aku ade dekat rumah ni. Dia keluar dengan awek yang dia kenal bulan lepas kot." Dengan mata yang masih setia menghadap skrin laptop aku menjawab soalan yang pelik sangat bagi Sheira tu.

"Qisy, kenapa kau tak couple je dengan abang kau tu? Aku tengok, kau selalu je keluar dengan dia. Boleh dikatakan memang masa kau hanya untuk abang kau tu." Fara hanya tersengih je dengar soalan dari Sheira tu. Aku ingatkan dia fokus sangat dekat cerita Kak Limah tu. Rupanya tak juga. Dia pasang telinga juga.

"Sheira, cuba kau kirakan berapa kali dah kau tanya aku soalan macam tu? Aku rasakan dah lebih 27 kali la dalam seminggu kan? Kita kenal Adam tu dah dekat dua tahun. Setahun ada 52 minggu. Cuba kau darabkan 27 x 52 lepas tu bila kau dapat jawapan cuba kau darabkan dengan dua pula. Aku nak tahu berapa banyak dah kau tanya dekat aku soalan tu selama dua tahun ni." Hahaha. Keluar sudah teori Matematik aku. Aku suka kenakan Sheira dengan kira-kira ni sebab dia paling tak suka bab yang melibatkan kira-kira.

"Qisy! Aku tak main-main la. Kau ni cuba la jangan main-main. Umur dah masuk 21 tahun tapi aku tengok macam baru nak masuk 12 tahun!" Balas Sheira marah. Dibalingnya bantal kepada aku. Aku sambut buat alas kepala aku la. Haha, orang mengantuk disorong bantal.

"Hahaha. Kau dah kenapa Qisy? Jangan nak belit-belitkan kepala otak anak Pak Berahim ni la dah malam-malam buta ni. Cuba kau jawab soalan Sheira tu. Aku pun nak tahu juga." Turn Fara pula bertanya. Muka dialihkan kepada aku. Cerita Kak Limah itu di pausenya dulu. Tu pun nak pause kan juga. Macam la ni baru kali pertama tengok cerita tu.

"Yelah yelah . Apa yang awak berdua ni nak tahu sebenarnya?" aku cuba bersikap tidak main-main ni. Hihi.

"Qisya Azzalea!" Fara dan Sheira bersuara serentak.

"Hihi. Ye, aku nak jawab ni. Kenapa korang selalu kaitkan aku dengan Adam Hasif? Aku tak pernah terfikir untuk couple dengan dia. Korang ni yang berfikir terlalu jauh tahu? Dia abang aku dan aku adik dia. Kami tak boleh berkahwin la."

"Dush! Ambil kau ni. Kau dengan dia bukannya adik beradik kandung pun. Dah halal sangat dah kalau korang nak kahwin. Kau sayang dia kan? Kalau kau tak sayang dia, tak kan la kau sanggup buat apa je untuk AH tu? Ok apa AH tu? Kacak je aku tengok. Kerja warden penjara dan siap ada bengkel kereta sendiri pula tu. Bengkel pun bukan cikai-cikai. Besar punya bengkel tu." Balas Fara dengan ditumbuknya bahu aku.

Fara ni ingat aku ni tempat dia nak berlatih tumbuk ke? Macam jantan! Macam mana la Fuad boleh tahan? Tapi memang padan la pun. Fuad tu aku tengok lembut je. Kalau dekat kolej, Fara ni menang pertandingan Taekwando. Fuad pula menang pertandingan aerobik yang paling sweet. Apa pun tak boleh si lembut tu. Yang aku paling tak boleh lupa, masa kami lepak di perpustakaan kolej semasa tahun lepas. Tiba-tiba je aku tengok Fuad dah melompat dekat Faris, kembar dia. Siap ada dalam dukungan Faris tu tak tahan tu. Rupa-rupanya lipas naik dekat seluar dia. Disuruhnya Fara belasah lipas tu sebab dia kata lipas tu dah mencabul kaki dia yang seksi tu. Cehh! Kaki pun penuh bulu! Memang sesat lipas tu kalau masuk betul-betul dekat kaki dia. Walaupun dia lembut, tapi hati dia sangat baik. Mungkin sebab tu la Fara terjatuh hati dekat Fuad tu.

"Qisy! Apahal kau senyum sorang-sorang ni? Kau ni memang suka la buat aku yang bernama Qristina dan Shaheira ni berangin tahu tak?" Sergah Fara dengan suara kasarnya.

"Hehe. Sorry. Aku cuma teringat dengan sesuatu je. Aku tak faham la kenapa korang tanya aku dengan soalan yang macam ni? Apa perlunya soalan tu? Macam langsung tak ada kena mengena tahu tak? Awak berdua ni kalau nak sangat aku kahwin dengan AH tu, korang doakan la jodoh aku dengan dia. Masin mulut korang, kahwin la aku dengan dia. Dah, sekarang ni aku nak tidur. Wahai Cik Fara Syazia dan Cik Fitrah Shaheira yang ku sayang, nanti karang bila dah puas tengok cerita-cerita tu semua silalah anda berdua tolong shutdown kan laptop aku tu. Bulan ni korang bayar lebih bil elektrik. Aku tak nak bayar sebab aku tidur awal. Haha. Good night sayang. Nah flying kiss."

Selesai aku berkata-kata, terus aku tinggalkan mereka berdua dengan pantasnya dan terserlah muka tak puas hati mereka dengan aku. Haha. Kenapa la dorang tu suka sangat tanya aku soalan macam tu? Kalau masin mulut dorang macam mana? AH tu pun ok juga. Walaupun dia tu crocodile land yang berjaya namun dia tak pernah lupa untuk menunaikan solat dan setiap kali kami keluar dia pasti akan berhenti di surau untuk bersolat. Calon suami yang soleh. Ehh, apa ke jauh sangat aku fikir ni. Tadi bila budak berdua tu tanya, beriya-iya aku menolak. Sekarang ni kenapa macam ni pula?

================

Jika datang kerajinan aku, aku akan bangun awal pagi dan pergi berjoging seorang diri. Aku suka menikmati waktu-waktu pagi yang sejuk. Ini akan membuat aku merasa lebih tenang. Indahnya kurniaan Allah S.W.T kepada hamba-hambaNya.

"Hai Qisy." Datang seseorang menyapa aku dari belakang.

"Ehh Erul. Hai. Seorang je ke?" Rupa-rupanya orang yang datang menyapa ku tadi ialah Erul. Sepupu kepada Adam.

"Iyup. Yang lain tidur lagi tu. Patut la hari ni rasa macam bersemangat je nak pergi joging. Rupa-rupanya nak jumpa dengan Qisy la. Kebetulan ke jodoh ni?" Soalan dari Erul itu, hanya aku jawab dengan senyuman sahaja. Ehh Erul ni nak mengurat aku ke? Kalau nak cakap je la terus, aku pun single lagi ni. Muka dia pun boleh tahan juga. Hihihi.

"Qisy dah nak balik ke?" Tanya Erul lagi.
"Iyup. Cukup la dah dapat tiga round. Ni pun dah mengah. Qisy pun balik dulu ye?"

"Kita pergi sarapan dulu nak? Lepas tu nanti Erul hantar Qisy balik. Ok?" Erul mengukir senyumannya dan baru aku perasan yang dia ni ada lesung pipit di sebelah kiri pipinya. Aku suka! Ahh, datang dah gatalnya aku ni!

"Boleh juga. Mak Qisy cakap rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari."

Aku menjawab siap dengan peribahasa dari mak lagi. Kukuh kan jawapan aku itu untuk aku terima pelawaan dia pergi makan bersama.

"Habis tu kalau rezeki tu dari orang yang tak dikenali, Qisy terima juga ke?" Tanya Erul dengan muka berkerutnya. Berkerut sampai bercantum kening dia.

"Kalau dari orang yang tak dikenali, itu bukan rezeki tapi itu bala." Jawab aku dengan ketawa ku dan dia juga ketawa dengan jawapan dari aku itu.

Erul memilih untuk bersarapan di kedai mamak berdekatan dengan apartment ku. Memandangkan kami baru sahaja balik dari berjoging jadi kami memilih untuk sarapan roti bakar sahaja. Terliur pula aku melihat orang sebelah aku ni makan roti canai telur. Kegemaran aku tu.

"Tak guna pergi joging 10 round dengan peluh yang menitik-nitik lepas tu pergi makan roti canai pula. Serupa je kalau tak pergi joging. Tak ada hasil." Kata Erul dengan muka selambanya.

Alamak. Dia ni macam tahu-tahu je pula apa yang aku tengah fikir. Tukan tilik ke dia ni? Lupa pula aku nak tanya dekat abang aku tu apa kerja si sepupu dia ni. Tapi dia kata Erul datang nak ambil barang kereta. Kerja bengkel kot.

"Ehh, bila pula Qisy kata Qisy nak makan roti canai? Ada ke Qisy kata? Qisy rasa Qisy tak ada sebut langsung pasal roti canai." Balas ku pula sambil menghabiskan air di dalam gelas ku kerana tidak mahu pandang ke muka Erul. Takut terkantoi pula nanti yang aku sememangnya pandang roti canai tadi.

"Alaa, kalau dah Qisy tu pandang macam nak telan sekali je dengan orang tu je dah tentu la Qisy nak kan roti canai telur tu? Sampai Erul cakap dengan Qisy pun dia buat tak tahu je. Tak dengar eh?"

Ada ke dia cakap dengan aku tadi? Tak dengar langsung. Macam tu sekali rupanya cara aku pandang orang sebelah ni tadi. Nasib baik dia tak datang dekat aku. Mesti dia ingat aku nak ngorat laki dia tu. Tak ingin aku. Erul depan aku lagi kacak.

"Berangan apa lagi Qisy? Dah, jom la. Erul pun ada hal kejap lagi ni."

Selesai sahaja Erul membuat bayaran, kami terus meninggalkan kedai mamak itu.

Petang itu sekali lagi aku bertemu dengan Erul. Tapi ini memang temu yang sudah dijanji la. Memandangkan Adam pun tidak membalas mesej yang aku hantar kepadanya jadi aku terima sahaja pelawaan dari Erul untuk pergi berjalan. Aku mengajak Erul untuk berjalan di Jusco Tebrau, JB. Rajin pula dia memandu sampai ke JB.

"Erul, Qisy nak tanya satu soalan boleh?" Aku tidak tahu sama ada aku patut atau tidak bertanyakan soalan ini kepada Erul.

"Kalau tak boleh, Qisy akan tanya juga?" Tanya Erul cuba menduga Qisya. Keningnya sengaja di jongketkan.

"Kalau tak boleh tak apa lah. Tak ada lah Qisy tanya. Dah tak boleh kan. Buat apa Qisy nak tanya." Sebal hati aku dibuatnya. Aku tak nak tanya dia apa-apa lagi dah lepas ni. Aikk, aku merajuk ke? Tiba-tiba terdengar dia ketawa.

"Erul gurau jela. Saja aja nak duga Qisy tadi. Yang Qisy pergi tanya boleh ke tidak buat apa. Nak tanya, tanya je la. Bukannya Erul suruh bayar pun. Qisy nak tanya apa?"

"Ngada-ngada la Erul ni. Tumbuk karang. Qisy nak tanya ni Erul tahu tak Adam pergi mana?" Erul hanya ketawa mendengar soalan itu. Dia ni dari tadi ketawa je. Kelakar sangat ke soalan aku tu?

"Kelakar sangat ke soalan Qisy tu?" Nah ambil ni jelingan tajam dari aku.

"Tak la kelakar. Tapi sepatutnya kan Qisy yang lebih tahu aktiviti harian abang Qisy tu. Tadi dia hanya kata yang dia nak keluar dengan kawan dia. Tapi tak tahu la dia pergi mana sebab dia tak cakap pun." Erul menjawab sambil memandang ke arah aku. Aku hanya membalas pandangan itu sekilas dan aku terus pusing ke tingkap aku.

Jawapan dari Erul hanya buat aku terus terdiam. Aku yakin Adam pasti keluar dengan perempuan dia. Mesti ada lagi perempuan baru yang dia kenal. Sampai bila la dia nak jadi macam tu? Umur dia semakin meningkat. Tahun depan dia dah nak masuk 28. Tak pernah ke dia terfikir untuk mencari teman hidup yang betul-betul?

==============

"Assalamualaikum Qisya Azzalea. Mak ni." Ucap mak sebaik sahaja panggilannya telah berjaya disambungkan ke aku.

"Wa'alaikumussalam mak. Ye mak. Qisya tahu mak yang telefon Qisya. Mak sihat? Mesti mak rindukan anak mak ni kan?" Jawab aku pula. Selalunya setiap kali mak telefon, mesti dia nak bagi aku syarahan rumah tangga. Ni yang aku tak nak dengar nanti ni.

"Mak Alhamdulillah sihat. Semakin sihat pun ni ha. Mak ada benda nak beritahu kepada kamu ni." Puan Zahara sudah memulakan pendahuluannya.

"Mak nak beritahu apa? Ada orang datang meminang anak mak ni ke? Kalau ada mak terima je la mak. Mak kan suka dapat menantu awal." Ujar ku dengan beraninya dan aku berharap bahawa apa yang aku katakan itu tidak benar.

"Ha'ahh. Macam mana kamu tahu ada orang datang meminang kamu ni? Kamu tu umur dah 22. Bila kamu nak kahwin? Kamu pun bukannya ada kawan dengan siapa-siapa lagi kan?" Jawab mak terus kepada tujuan sebenarnya.

"Mak tengah ajak Qisy bergurau kan?" Ucap ku demi untuk menyedapkan hati sendiri.

"Tak ada masa la mak nak ajak kamu bergurau. Dari mak bergurau dengan kamu, lebih baik mak bergurau dengan arnab dekat depan tu. Sekarang ni kalau dalam masa dua minggu kamu tetap tak bagi jawapan, mak akan terima pinangan dari Zulfadhli tu. Kamu dengan dia pun dah lama kenal kan? Dari kecik lagi dah sama-sama. Dulu selalu sangat main kahwin-kahwin. Sekarang mak nak kahwinkan kamu berdua betul-betul." Tu dia jawapan mak. Macam tak ada perasaan je mak ni menjawab.

"Mak. Qisy dah ada pilihan hati Qisy sendiri la mak. Mak cakap dengan Zul tak payah la nak tunggu Qisy dua bulan ke, dua minit ke, dua saat ke apa ke. Mak suruh je dia pergi minang orang lain. Tak pun anak makcik rock tu mak eh mak?" Ucap ku cuba untuk memujuk mak. Mana la tahu kalau lembut pula hati mak dengan aku.

"Orang datang nak meminang dia, dia boleh suruh pergi minang orang lain pula. Mak tak peduli. Kalau dalam masa dua minggu dari sekarang Qisy tak balik bawa calon menantu mak, mak akan terima je pinangan keluarga Zul. Muktamad! Tiada alasan dari pihak Qisy. Paham ke tidak? Dua minggu!" Mak memberi jawapan yang muktamad dan tiada bantahan. Sejak bila pula la mak aku ni mengamalkan pemerintahan kuku besi ni? Mana pula aku nak cekau bakal suami dalam masa dua minggu je ni. Masalah ni.

"Humm, yelah mak. Dua minggu lagi Qisy balik la sana. Nanti mak tunggu jela Qisy bawa balik menantu mak. Mak doa-doalah menantu mak kejap lagi telefon Qisy. Senang Qisy nak ajak dia kahwin." Lemah jawapan yang keluar dari mulutku. Nampaknya, Sheira dengan Fara tengah seronok ketawakan aku. Jaga korang!

"Macam tu la. Yelah, kejap lagi menantu mak telefon la Qisy tu ajak Qisy jumpa dia. Dah, mak nak masak ni. Kalau layan Qisy ni sampai esok pun belum tentu habis cerita lagi. Assalamualaikum."

"Yelah tu mak. Qisy sayang mak. Wa'alaikumsalam mak." Sejurus aku menyudahkan kata-kata terakhir aku, aku terus menamatkan panggilan.

Sebaik sahaja aku pusing kepada Sheira dan Fara, aku lihat mereka sedang elok je fokus kepada laptop masing-masing. Ewah. Baik korang kan. Ingat tadi aku tak nampak agaknya yang korang berdua ni tengah sedap gelakkan aku. Sekaran bukan main baik kan. Buat macam tak ada apa-apa pula. Ambil ni balingan bantal dari aku untuk korang berdua. Hiyahhh. Yes! Tepat mengenai sasaran.

"Weh Qisy. Kau ni apa hal? Tahu la nak kahwing lagi dua minggu. Tapi jangan la sampai  nak main baling-baling bantal pula." Marah Sheira dan akhirnya meletus juga tawa dari mulut Sheira dan Fara. Aku hanya menjeling geram kepada mereka.

"Suka korang kan gelak kan aku. Gelak la, gelak lagi kuat-kuat. Biar malam ni korang mengigau. Aku tengah susah hati bukan nak tolong aku. Dah lah aku masuk bilik aku lagi bagus." Balas ku dan terus aku angkat kaki masuk ke bilik aku.

==================

Dengan tangan di atas dahi aku hanya mampu merenung bintang plastik yang berkilauan di atas syiling bilik ku. Pening aku memikirkan kata-kata mak tadi. Aku rasa aku bukannya tua mana pun. Baru 22 tahun. Tua ke tu?

Tok tok tok. "Qisy, kau dah tidur ke? Aku dengan Fara nak masuk boleh?" Sheira dengan Fara rupanya. Nak memujuk aku la tu. Aku hanya menjawab soalan mereka dengan anggukan sahaja.

"Kau marahkan kami ke? Aku main-main je tadi. Kau ada apa-apa nak kongsikan dengan kami?" Tanya Fara beserta usapan di bahuku.

"Ada orang masuk meminang aku." Hanya itu yang aku beritahu dulu. Aku nak lihat bagaimana reaksi mereka dan nampaknya tiada reaksi. Mereka menunggu sambungan cerita aku.

"Orang tu kawan sekampung aku. Masalahnya sekarang ni, kami membesar bersama-sama. Aku dah anggap dia kawan aku je. Tak lebih dari tu dan aku tak rasa aku mampu untuk menjadi isteri kepada dia. Mak cakap kalau dalam masa dua minggu aku tak bawa calon suami aku, mak akan terima pinangan daripada pihak Zul. Cuba korang bayangkan, dalam masa dua minggu mana aku nak dapatkan calon menantu untuk mak? Alangkan 22 tahun pun aku tak jumpa lagi, inikan pula dua minggu je." Luah ku panjang berjela. Mereka hanya mampu merenung aku dengan pandangan yang sarat dengan fikiran mereka. Entah apa la yang difikirkan dorang ni.

"Wahh seronoknya. Bercinta lepas nikah. Aku suka. Kau memang tak nak terima ke pinangan mak kau tu?" Tanya Sheira pula. Nampak teruja pula muka dia.

"Aku cuma terkejut sebab tiba-tiba je mak aku telefon lepas tu bagi tahu pasal pinangan tu pula. Pening aku. Sekarang ni aku fikir kalau dalam masa dua minggu ni kalau aku tak jumpa juga bakal menantu mak, aku akan terima je apa pun keputusan mak." Jawab aku dengan redhanya. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Itu yang aku sentiasa pegang.

"Kalau kau ada kenal orang dalam masa dua minggu pun tak kan kau nak terima juga? Gila kau? Buatnya orang tu ada niat tak betul dengan kau. Orang sekarang ni bukannya betul sangat pun. Tak pun, apa kata kau jadi akak ipar aku je nak? Abang aku kan ada. Kalau dia dah ada awek, aku suruh la dia putus dengan awek dia sekarang ni. Amacam?" Fara kalau mengeluarkan kata-kata memang akan buat aku geram je. Penyudahnya aku ketawa je bila mendengarkan idea daripada Fara ni.

"Haa. Kan dah boleh ketawa tu. Macam tu la. Dah la tak nak sedih-sedih k. Setiap mak mesti nak yang terbaik untuk anak-anak dia. Mungkin kalau mak kau terima Zul tu pun sebab mak kau yakin dia boleh jaga kau. Senyum sikit untuk aku. Aku nak tengok bibir Angelina Jolie kau tu." Geram-geram aku dengan si Fara dan Sheira ni. mereka juga yang pujuk aku. Mereka juga yang tahu suka duka aku. Aku bersyukur kerana perkenalan semasa di awal kemasukan kami ke kursus kejururawatan berkekalan sehingga lah kami sudah bekerja pun sekarang ni.

"Dah korang pergi la keluar. Aku nak tidur la. Esok pagi nak pergi kerja lagi."

"Wahh. Kita dah pujuk dia, dia halau kita keluar pula. Jom Fara keluar. Orang dah halau kita kan. Tapi walaupun kau halau kami, kami tetap nak cium kau juga. Haha. Good night Qisya Azzalea. Jangan lupa mimpikan bakal suami kau tu." Aku hanya ketawa mendengar kata-kata dari Sheira yang ada unsur-unsur merajuk tu. Merajuk la sangat kan kalau sempat nak menyakat aku.

Jam sudah menginjak ke pukul 11 malam. Mata aku pun dah macam kena gam dengan gam gajah je ni. Aku tidur dulu la ye. Selamat malam semua. Baru je aku rasa aku nak sampai ke mimpi yang indah-indah, aku dah terdengar deringan telefon bimbitku. Aku melihat nama pemanggil 'BrotherBear'. Apahal lagi la dia ni telefon aku malam-malam ni pula.

"Qisy! Abang nak jumpa Qisy boleh tak?" Gila ke apa nak jumpa aku malam-malam macam ni?

"Abang pergi tengok jam baru ajak Qisy jumpa. Dah la esok Qisy kerja tahu tak? Abang nak apa ni?"Marah ku. Tak sempat-sempat tunggu esok ke dia ni. Kalau dah kelam kabut macam ni, mesti hal perempuan ni.

"Sorry Qisy sorry. Abang lupa esok Qisy kerja. Qisy balik pukul berapa esok? Qisy pergi kerja naik dengan Fara eh? Balik nanti abang ambil Qisy kat hospital." Jawab Adam. Sah la ni mesti hal berat ni. Sampai sanggup nak ambil aku balik kerja.

"Qisy balik macam biasa la. Pukul 5. Yelah and don't be late! Be punctual ok! Dah, Qisy nak tidur ni. Tata."

"Ok dear. Thanks. Good night dear. Mimpi abang tau." Ujar Adam sebelum menamatkan panggilan dan aku rasa kata-kata Adam itu hanya sempat lalu je dekat telinga aku ni dan tak sempat singgah pun dekat otak aku.

Baru sahaja aku nak terlena, aku teringat pula dengan kata-kata mak tadi. "Kejap lagi menantu mak telefon la Qisy tu ajak Qisy jumpa dia" dan yang menelefon aku tadi adalah Adam Hasif bukan Zulfadhli. Adakah ini maknanya? Namun otak aku tidak mampu untuk berfikir lama-lama. Oleh kerana terlalu mengantuk, aku terus lena kembali.

===================

"Qisy. Abang nak minta tolong dengan Qisya sikit boleh?" Dipandang serius muka Qisya di depannya.

"Apa benda? Sejak bila pula pandai tanya-tanya ni? Selalu Qisy tak nak tolong pon abang paksa juga. Ni sampai tanya-tanya pula. Nak tolong apa?"

"Teman abang pergi birthday party ex abang?"

"Ex yang mana? Abang dah la ramai ex girlfriend. Ni yang mana satu pula?" Soal Qisya jujur.

"Ell. Abang pernah cerita dengan Qisy kan yang dia tinggalkan abang sebab suka dekat kawan abang. Lepas kami putus la abang jadi macam ni. Tapi sekarang ni dia cuba nak dapatkan abang balik. Abang dah tak boleh terima dia lagi. Terlalu sakit abang rasa lepas dia tinggalkan abang dulu. Abang dah tak nak rasa sakit macam tu lagi." Luah Adam sebal apabila teringatkan tentang bekas kekasihnya yang satu itu.

"Dah la tak payah la sedih macam ni. Qisya teman abang k. Qisya kan your best girlfriend untuk selama-lamanya? Hihihi." Ucap ku cuma untuk memujuk Adam. Walaupun dia ramai awek namun bila bercerita pasal si Ell...lephant tu mesti muka Adam akan berubah mendung.

"Yes dear. You are the best girlfriend that I ever have forever and ever in my life." Luah Adam bersungguh-sungguh. Macam la buat sesi luahan dekat awek dia. Orang berpengalaman lebih kan.

"Haha. Lebih-lebih pula abang. Pukul berapa abang nak pergi malam ni?"

"Dalam pukul 8.30 abang sampai dekat apartment Qisya." Jawab Adam dengan senyuman lebarnya. Di cuitnya pipi Qisya. Suka la tu Qisya dapat tolong. Tapi memang menjadi kebiasaan pun bagi Qisya untuk menolong Adam kalau melibatkan masalah tentang awek dia.

"Hye Adam. Welcome sayang. Jom masuk dalam. Ramai dah tunggu you dekat dalam tu sayang." Ell kelihatan teruja dengan kedatangan Adam. Terus ditariknya tangan Adam untuk masuk ke dalam rumahnya.

Ehh, gedik betul perempuan ni panggil abang aku sayang-sayang apahal? Dulu masa dia sayang kau, kau pergi melayang dekat orang lain. Bagi makan tayar kereta tu karang tahu la.

"Wait Ell. Siapa yang tunggu I dan untuk apa mereka tunggu I?" Soal Adam pelik. Matanya meliar melihat ke dalam untuk melihat jika ada orang-orang yang dikenalinya.

"Darling, they are waiting for you because you are my special guest for today and now you are really special person in my heart darling." Jawab Ell dengan lagak manjanya. Seorang penggoda!

"Special person in your heart? Are you forget what you have done for 3 years back Ellya? You has been left me just because of another guy and the guy is my best friend. He is my best friend Ellya and now you can tell me that I am the special person in your heart?" Soal Adam bengang. Kelihatan mukanya sudah memerah dan bergerak-gerak rahangnya.

"Darling. Yes, it's my fault. But now I want you back sayang. Only you can make me happy sayang. I love you and who is this sayang?"

Laa. Perempuan ni, dari tadi dia tak nampak aku berdiri sebelah Adam ni. Punya la baik aku paut tangan Adam ni dari tadi dia boleh tak nampak? Tuhh la, sibuk buat drama swasta lagi. Macam la aku tak tahu dia tengah berlakon. Macam mana la abang aku boleh sangkut dengan perempuan seksi macam ni? Harap muka je lawa. Itu pun sebab bedak setebal wedges aku ni.

"Ohh ya. Meet my future wife, Qisya Azzalea. Qisya ni Ell, kawan abang."

"Hye." Cukup la setakat tu je untuk aku cakap.

"Nah Ell. Your birthday present. I balik dulu la. Tiba-tiba I rasa penat pula. I balik dulu la lagipun I nak pergi rumah my mother in law ni." Dengan pantas Adam menarik tangan Qisya untuk pergi dari situ. Aku hanya menurut.

Setelah lebih sejam memandu tanpa arah tujuan, akhirnya Adam memilih untuk pergi ke dataran Batu Pahat dan lebih sejam itu juga la tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut Adam. Qisya juga menjadi tidak tahu bagaimana untuk memulakan bicara. Adam terus keluar dari kereta untuk pergi menenangkan dirinya. Perlu ke aku turun sekali? Kalau aku turun apa aku nak cakap dengan dia? Akhirnya Qisya mengambil keputusan untuk turun dan dia mengambil tempat di sebelah Adam. Selepas Qisya duduk di sebelah Adam, dia hanya memandang sayu wajah Qisya.

"Abang.." Qisya cuba memanggil Adam dan masih tiada reaksi daripada Adam. Setelah lima minit Qisya disebelahnya baru la Adam meluahkan kata-kata.

"Kami dah bercinta selama tiga tahun sebelum dia ambil keputusan untuk tinggalkan abang dan memilih kawan baik abang sendiri. Abang tak sangka kawan baik abang sendiri sanggup buat abang macam ni. Tiga tahun dengan Ell, abang tak pernah langsung pandang perempuan lain. Boleh dikatakan memang hidup abang hanya ada dia je. Semua yang dia minta abang akan berikan. Apa lagi yang tak cukup untuk dia, Qisy? Apa lagi yang dia nak? Kenapa sekarang ni mest dia datang balik dalam hidup abang? Abang dah tak perlukan dia lagi!"

Luah Adam sambil berkali-kali meraup mukanya. Kelihatan kusut mukanya. Rambutnya juga sudah kusut masai. Tak pernah aku melihat dia berkeadaan begini.

"Abang, apa yang terjadi ni ada hikmahnya. Allah tak bagi kepada kita apa yang kita mahu kerana Allah bagi kepada kita apa yang kita perlu sahaja. Mungkin memang sudah ditakdirkan Ell tu bukan jodoh abang. Qisy selalu cakap dengan abang kan, everything happen for a reason."

Aku cuba untuk memujuk Adam. Adam yang aku lihat malam ni seakan bukan Adam yang aku kenal sebelum ni. Adam yang aku kenal sebelum ini adalah seorang player, yang sering bertukar ganti perempuan. Tetapi sekarang hanya keranan seorang perempuan dia boleh jadi sebegini. Terserlah begitu berat perasaan yang ditanggungnya pada saat ini.

"Terima kasih Qisy sebab sudi temankan abang malam ni. Habis jatuh saham abang sedih-sedih depan Qisy pula. Tak pernah lagi abang sedih-sedih dengan perempuan lain. Dah la. Jom kita balik. Esok Qisy nak kerja lagi kan. Balik lambat nanti penat pula." Seusai dia berkata, dipautnya bahu aku untuk berjalan bersama dia. Kenapa aku rasa saat ini jantung aku berdegup sperti tengah lari pecut 100 meter dan sejak bila aku pandai berperasaan gugup dengan abang aku yang seorang ni? Tak paham aku dengan perasaan aku sekarang ni.

BERSAMBUNG...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mahu komen ? Komen di sini.. Ila sedia menerima komen anda.. Terima kasih =)