Kriteria ini amat penting kerana jika si dia sering memberi kerjasama dalam setiap urusan hidupmu, pastinya ia calon ideal untuk kamu jadikannya sebagai teman hidupmu. Sudah kamu temui putera impianmu itu ? Jika ya, segeralah tawan hatinya sebelum si dia menjadi milik orang lain, nanti kamu juga yang menyesal tak terkata.
♥ BERSIKAP BERSAHAJA
Walaupun ciri ini tampak remeh, tapi ada bagusnya juga kerana ia dapat membantu kamu mengenali sikapnya yang sebenar. Bak kata pepatah "Masuk Kandang Kambing Mengembik, Masuk Kandang Harimau Mengaum" jika si dia tampak relaks dan bersahaja bersama seluruh ahli keluargamu, ternyata si dia bukan sahaja mampu membahagiakan hidupmu malah ahli keluargamu yang lain juga akan turut gembira. Nanti barulah hidup lebih harmoni ! Tetapi jika sebaliknya pula yang terjadi, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu dan segeralah susunkan ayat untuk menolak cintanya itu sebelum terlambat.
♥ GERAK HATI SEIRING
Manusia memang ditakdirkan berpasangan, jadi jika kamu mendapati si dia sering bergerak seiring denganmu dari aspek pemikiran serta citarasa terutamanya. Tahniah ! Itu mungkin jodohmu dan destinasi kebahagiaan sememangnya milikmu.
♥ HATI NYAMAN
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa sebarang tekanan. Setiap detik bersama tidak pernah membuat dirimu merasa bosan. Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan sering terikat.
♥ PENYELAMAT
Dia selalu ada untukmu dalam apa jua situasi ? Dan dia tidak pernah lepas menemani kamu dalam suka dan duka ? Jika ya, tak syak lagi dialah putera yang kamu cari ! Sikapnya yang sentiasa memahami dan sering menjadi hero dalam pelbagai situasi hidupmu, pastinya calon tepat untukmu. Jika si dia turut punya perasaan yang sama, segeralah rencanakan kehidupanmu ke jinjang pelamin.
♥ TERIMA SEADANYA
Si dia tidak peduli dengan masa lalu keluargamu ? Masa silammu bersama bekas kekasih hati ? Serta tidak segan untuk menceritakan masa silam dan baik buruknya ? Ya, memang dialah teruna khas buatmu kerana mampu menerima siapa dirimu seadanya. Setiap orang mesti mempunyai kekurangannya yang tersendiri dan tiada individu yang sempurna. Jadi usah tunggu lagi ! Segera luahkan isi hatimu kepadanya sebelum terlewat.
♥ MENYEJUKKAN HATI BONDA
Ciri ini memang paling penting, nak tahu kenapa ? Kerana hanya ibubapa sahaja yang begitu mengenali anaknya. Jika ibu kamu begitu menyenangi si dia saat pertama kali dipertemukan, itu bukan sahaja petanda baik buatmu. Malah kamu juga pasti bahagia hidup bersamanya dek doa dan restu ibubapa kepada perhubungan kamu berdua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda mahu komen ? Komen di sini.. Ila sedia menerima komen anda.. Terima kasih =)