Halaman

♥ FOLLOW ME HERE ♥

Rabu, 27 Mac 2013

Kisah Cinta

Soal cinta bukan perkara yang remeh temeh. Menjaga pasangan dengan baik akan memberikan kebahagiaan dalam percintaan. Di sini mungkin dapat membantu ANDA semua menyelami kisah cintamu...

1) AQUARIUS (20 Jan - 18 Feb)
Bukan saja kamu, tetapi ramai lagi yang menunggu si dia. Jadi jagalah hati si dia sebaik mungkin. Jika tidak, kamu juga yang melepas apabila si dia jatuh ke tangan orang lain. Nanti kamu juga yang rugi.

2) PISCES (19 Feb - 20 Mac)
Cinta kamu pada si dia tidak pernah berubah sejak dari zaman sekolah lagi. Semoga jodoh kamu berkekalan ! Kalau bajet kewangan sudah mencukupi, tiada salahnya teruskan perancangan ke jinjang pelamin walaupun usia masih muda.

3) ARIES (21 Mac - 20 April)
Jauhkan dirimu dari terjerat dengan cinta tiga segi. Setialah pada yang satu daripada melukakan hati mereka. Ketika ini mungkin kamu seronok mempermainkan mereka, esok lusa hati kamu pula yang rancak dipermainkan orang.

4) TAURUS (21 April - 20 Mei)
Walau cintamu itu hanya bertepuk sebelah tangan. Tidak perlulah kamu berterusan berduka lara, mungkin ada jejaka yang lebih baik daripada si dia buat dirimu. Jadi tingkatkan semangat dan lalui hudupmu dengan lebih ceria.

5) GEMINI (21 Mei - 20 Jun)
Cinta sejati memang tidak mudah untuk dimiliki. Buat dirimu yang berjaya menemuinya, raikan kasihmu itu dengan ikatan yang lebih rasmi. Pasti hidup kamu berdua akan lebih bahagia bersama. Tak percaya ? Cuba kamu terima lamarannya nanti !

6) CANCER (21 Jun - 20 Jul)
Walaupun hubungan kamu kini bagai di hujung tanduk, cuba tenangkan fikiran dan cari jalan penyelesaian jika jika benar kamu menyayanginya. Mungkin dengan perbincangan dari hati ke hati bakal mengubah persepsinya perihal dirimu.

7) LEO (21 Jul - 21 Ogos)
Bercinta terlalu lama mungkin bakal menerbitkan sedikit rasa bosan di hatimu. Oleh itu, cuba seimbangkan perhubungan kamu berdua dengan keluar bersama rakan mahupun keluarga masing-masing. Nanti kamu tidaklah bosan melihat si dia sahaja !

8) VIRGO (22 Ogos - 22 Sep)
Kamu pasti bosan apabila si dia sering memberikan respon negatif apabila bicara soal perkahwinan, bukan ? Jadi, apa kata kamu berikan sedikit kata "gertak manja", nanti barulah si dia sedar akan kepentingan dirimu dalam hidupnya.

9) LIBRA (23 Sep - 22 Okt)
Kamu sering mengharapkan agar peroleh pasangan yang sempurna paras rupanya tetapi cintamu pula yang sering dikecewakan. Sebaiknya, cuba buka hati dan fikiranmu untuk terima cinta tulusnya walaupun tanpa paras rupa yang kamu idamkan.

10) SCORPIO (23 Okt - 22 Nov)
Kawal sedikit kasih sayangmu kepada si dia. Caramu ini, bukan sahaja dapat memastikan kamu berdua berada di landasan yang benar, malah ia juga turut membantu kamu mengetahui isi hatinya yang sebenar terhadap perhubungan ini.

11) SAGITARIUS (23 Nov - 20 Dis)
Tanpa disedari cinta kamu berputik dek kerana sikap si dia yang lucu dan sering mencuit hatimu, bukan ? Walaupun kamu segan untuk mengakuinya, kamu boleh cuba untuk nyatakan hasrat tersebut melalui pesanan ringkas pun memadai.

12) CAPRICORN (21 Dis - 19 Jan)
Jangan memberi janji palsu kepada si dia, kelak akan memakan dirimu sendiri nanti. Sebaiknya, cuba berterus terang dengannya yang kamu tidak mampu untuk menrima cintanya. Dengan itu barulah si dia lebih memahami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mahu komen ? Komen di sini.. Ila sedia menerima komen anda.. Terima kasih =)