Halaman

♥ FOLLOW ME HERE ♥

Rabu, 27 Mac 2013

Rona Cinta

Sukar untuk mentafsir cintamu dengan si dia ? Jom kenali variasi jenis cinta yang mugkin dapat membantumu memahami sebuah lagi frasa wajib dalam kebanyakan kehidupan manusia...

i) Cinta Pertama
Biasanya fasa ini dilalui ketika usiamu masih mentah dan kamu terus menganggap si dia cinta hatimu pada pandangan pertama. Tiada kriteria yang spesifik untuk kategori ini, tetapi gerakan tubuh mahupun keayuan raut wajah sering membuatkan kamu terpana seketika dan jatuh hati.

ii) Cinta Sejati
Cinta yang kalau boleh impikan sehidup semati bersama ! Rasionalnya, daripada biar si dia berduka lara seorang diri sedih kehilangan kekasih hati. Adalah lebih baik hidup semati bersama, tapi siapalah kita nak menyangkal takdir tuhan, bukan ? Jadi, sayangi dan hargailah si dia sepenuh hatimu selagi mampu daripada menyesal dikemudian hari !

iii) Cinta Tiga Segi
Cinta yang harus dielakkan kerana ia bakal dipenuhi dengan pelbagai konflik. Lebih bahaya, jika sampai ke jinjang pelamin pun kamu masih tidak dapat membuat keputusan siapakah "Adammu" yang sebenar.

iv) Cinta Monyet
Saat yang agak manis bagi sesetengah individu ketika di alam persekolahan kerana ketika itu kamu hanya mahu rasa untuk miliki teman yang lebih akrab. Kisah cinta ini ada yang selamat mendirikan masjid, tetapi ada juga yang tinggalkan cinta itu sebagai satu kenangan indah sahaja dalam momen hidup mereka.

v) Cinta Dua Darjat
Terjadi apabila kamu dan si dia punya latar belakang keluarga yang berbeza. Untuk lebih jelas, cinta jenis ini tak ubah persis nasib Kassim Selamat lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Jika kamu tidak bersedia untuk mengalami momen seperti itu, mulalah merencana cerita cintamu dengan lebih baik atau perbanyakkan komunikasi diantara kamu dan si dia.

vi) Cinta Songsang
Kedengaran pelik, tetapi itulah lumrah hidup zaman ini. Naluri yang mereka rasakan itu bertentangan dengan norma kehidupan manusia kerana cinta itu sepatutnya diantara individu berlainan jantia, tetapi sebaliknya pula berlaku.

vii) Cinta Siber
Bila zaman mula maju ke hadapan, ada yang secara tak sengaja menjalin menjalin hubungan cinta dengan memilih cara yang lebih mudah iaitu secara maya. Hinggakan penyanyi terkenal Najwa Latif tampil dengan lagu "Cinta Muka Buku" bagi menggambarkan suka-duka cinta siber ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mahu komen ? Komen di sini.. Ila sedia menerima komen anda.. Terima kasih =)