Hai, assalamualaikum =)
Hari ni ila sambung novel Abangku Mr Hubby. Hari tu ceritanya tergantung. Yelah, tak ada masa nak buka blog. Hari ni ila akan sambung update novel ni.
-----------
Mulai dari hari itu, aku dengan abang Adam telah menjadi sangat rapat. Boleh katakan dia adalah abang angkat aku yang tak diiktiraf. Hihi. Tapi, yang aku penatnya dengan dia ni, setiap kali ada perempuan yang cari dia, mesti aku yang jadi mangsa untuk proses penyamaran dia. Jadi tunang dia la, bini dia la, awek dia la. Penat betul aku menyamar. Belum kira kene maki dengan perempuan-perempuan dia lagi sebab mereka fikir, aku ni rampas pakwe diorang ni!
"Qisya! Cepat la siap. Jom la teman abaang. Abang kebosanan ni."
"Aduii, sejak bila pula abang tahu erti kebosanan ni? Mana pergi awek-awek abang semua tu? Kacau jela orang nak rehat hujung-hujung minggu ni. Pergi la cari diorang. Buat apa cari Qisya? Hujung minggu ni, tak ada masa la untuk abang. Hujung minggu untuk badan Qisya nak rehat-rehat je."
"Abang tak kira. Abang nak Qisya teman abang juga. Abang tahu setengah jam lepas abang letak telefon ni, Qisya dah siap. Kalau tak abang hon kuat-kuat depan hostel Qisya."
"Ishh. Gila betul la orang tua ni. Dah la, Qisya nak tidur. Bye!"
Aduiiii... Malas betul la aku nak bangun nak pergi siap ni. Orang tua ni dah la bukannya betul sangat. Kejap lagi betul-betul dia memekak depan hostel aku ni. Arghhhh!!! Stress betul aku dengan orang tua ni. Awek keliling pinggang pun tetap nak kacau aku juga. Tapi dengan orang yang aku stress ni la yang banyak tolong aku masa aku susah. Masa aku sakit, dia juga la yang datang hantar ubat kat aku. Hihi. Sayang aku dekat abang aku ni.
"Alamak! Lagi 15 minit. Aduii. Pantas Qisya, pantas pergi mandi."
======
Memandangkan hari ni hari berhujung minggu, jadinya aku bercadang nak bangun lambat sikit la. Hihihi. Jam baru pukul 8.30 ni. Sambung tidur la kejap.
"Nevermind, I'll find someone like you.. I wish nothing but the best for you, too. Don't forget me, I beg.." aku dekat konsert Adele ke? Bila pula aku pergi konsert ni?
"Qisy, Qisy. Bangun la Qisy. Phone kau bunyi tu. Bising la." ehh, itu suara Fara.
"Qisy! Bangun!!!" fuh, terbang semangat aku. Fara rupanya.
"Siapa pula yang telefon aku pagi-pagi ni? Helo. Siapa ni? Nak apa la ni call orang pagi-pagi macam ni? Kacau je orang nak tidur." Tanya aku. Suara macam aku kenal.
"Qisy, abang ni! Pagi apa bendanya macam ni? Dah pukul 12 tahu tak?" Balas Adam dengan jeritan dia.
"Haa? Betul ke?" Dengan pantas Qisya tengok jam di dinding. "Ha'ah la. Kenapa abang tak kejut Qisy awal-awal tadi? Qisy nak tidur sampai pukul 10 je." Adam pula yang dimarahinya. Sedangkan sendiri yang salah. Ni mesti sedap tidur sangat sampai mimpi pergi konsert Adele.
"Apa abang pula? Qisy tu yang tidur balik lepas dah bangun tadi kan? Dah, bangun cepat. Jom pergi makan. Abang dah ada dekat bawah apartment Qisy ni. Siap cepat. Tata."
Wahh. Untung bangun tengah hari. Ada orang nak belanja makan. Walaupun awek kau keliling pinggang, aku tetap sayang abang aku ni. Hihihi.
"Fara, aku nak keluar ni. Kau ada nak kirim apa-apa tak?" tanyaku kepada Fara. Walaupun sebenarnya aku memang dah agak yang dia akan keluar dengan Fuad, buah hati pengarang syair dia tu.
"Tak apa la. Kejap lagi Fuad datang. Kami nak keluar. Kau keluar dengan AH ke?" AH merupakan nama singkatan bagi Adam Hasif. Fara kata dia lebih suka memanggil Adam dengan panggilan sebegitu dan sememangnya dia seorang sahaja yang memanggil Adam sebegitu.
"Yelahh. Kalau bukan dengan dia, aku nak keluar dengan siapa lagi? Aku bukannya ada buah hati macam kau pun."
"Kau nak tahu tak kenapa kau tak ada pakwe sampai sekarang?"
"Kenapa?" tanya aku pula. Pelik aku dengan soalan Fara ni. Ni mesti dia nak keluarkan teori dia yang baru lagi ni.
"Sebab kau tu 24jam dengan abang kau Si AH tu aja. Kalau orang yang tak kenal kau orang ni mesti akan kata yang kau orang ni sweet couple. Hahaha. Tak ada siapa nak dekat tahu. Tapi yang aku peliknya, AH tu ramai juga perempuan lekat dengan dia walaupun tipa mana tempat yang dia pergi mesti kau ada. Lagi-lagi kalau dekat bengkel dia tuh. Memang kau tu dah boleh jadi tukang sapu je dekat sana." Haa. Tuhh dia teori Fara yang panjang lebar. Aku dah agak dah!
"Haha. Kurang ajar kau anak Pak Dollah! Tapi memang betul pun apa yang kau cakap. Tiap kali ada lelaki nak kenal aku mesti dia akan tanya aku dulu siapa Adam ni. Kalau dekat wall facebook aku tu memang penuh dengan nama Adam Hasif je. Alamak Fara, lupa pula aku yang AH kau tu tengah tunggu aku dekat bawah. Bising pula dia karang. Cair taik telinga aku nanti. Nanti kalau ada apa-apa kau call je aku ehh. Tata."
=========
"Qisy, minggu depan Erul dengan Wan nak datang sini. Qisy ikut abang ehh nanti? Kita pergi lepak dekat JB nak?" Tanya Adam dengan muka yang sengaja dicomelkan. Ingat dia comel sangat agaknya. Erul tu merupakan sepupu kepada Adam dan Wan pula adalah adik kepada Adam ni.
"Kenapa jauh sangat sampai nak ke JB pula?"
"Sebab abang nak bawa Erul dengan Wan pergi jumpa member abang dekat Pasir Gudang. Nak ambil barang sparepart untuk kereta dia orang berdua tu. Dah sudah itu, kita pergi la lepak dekat tepi laut. Haa, kan romantik tu?" Haa itu dia jawapan Adam. Menyampah aku dengar. Ambil ni muka meluat aku.
"Yelah yelah. Harap je awek ramai tapi bila nak suruh teman dia ambil barang kereta, ajak orang juga! Kenapa tak ajak awek-awek abang tu?" Ehh, macam cemburu pula aku cara aku bertanya ni.
"Awek-awek abang semua tu kalau ajak pergi shoping diorang suka la. Meloncat terkinja-kinja. Tapi kalau ajak pergi bengkel tempat panas-panas tu tak kan adanya nak ikut. Tapi tak apa. Abang lagi suka bawa adik abang ni. Tak banyak songeh kan?" Pandai pula dia menjawab. Siapa suruh cari awek mata duitan macam tu?
"Dah la. Tak kuasa Qisy nak layan abang. Qisy nak pergi toilet jap."
tak sampai 10 minit aku pergi toilet aku tengok meja yang kami duduki tadi dah kosong. Aikk, tak kan dia tinggal aku sorang-sorang dekat sini? Ini sudah lebih. Aku berpusing-pusing untuk mencari kelibat si buaya darat tu dan akhirnya aku nampak dia tengah mengayat perempuan yang duduk selang beberapa buah meja dari kami.
"Qisy. Kenalkan ni adik saya, Qisya Azzalea. Qisy, ni my future girlfriend, Dhiya Maisarah." Adam memperkenalkan perempuan itu. Wahh, baru kenal tadi dah terus declare his future girlfriend?! Crocodile land! Yang perempuan ni punya muka pula apasal macam baru balik dari opera cina? Setakat nak lepak dekat kedai macam ni, kau pakai macam tu apahal?
"Ohh, hai Qisy. Ni la dia bakal adik ipar I yer? Sama la muka you all ni. Macam memang betul-betul adik beradik." sapa Dhiya pada Qisya.
"Muka sama? Ada jodoh la tu aku dengan Si Crocodile Land ni." jawab aku tapi perlahan jela.
"What? Apa you cakap? I tak dengar." Tanya Si Opera ni dengan muka yang didekatkan ke arah aku.
"Ehh, tak ada apa-apa la. Saya cakap lawa akak make up. Hehe."
Fuhh. Nasib baik otak aku cepat bertindak. Haha. Lawa la sangat muka kau!
"Ohh, thank you. Ramai dah cakap macam tu dengan akak. Haa, ok la Adam. I balik dulu la. Malam ni jangan lupa ye pukul 9. I tunggu u, sweetheart."
Memang sesuai la kau orang berdua. Seorang Opera, seorang lagi pula crocodile! Dah kene sangat la tu. Menyampah aku. Ehh, apasal statement ni macam berbau kecumburuan pula ni? Apakah ini maknanya? Ohh tidak!
BERSAMBUNG...
"Ohh, hai Qisy. Ni la dia bakal adik ipar I yer? Sama la muka you all ni. Macam memang betul-betul adik beradik." sapa Dhiya pada Qisya.
"Muka sama? Ada jodoh la tu aku dengan Si Crocodile Land ni." jawab aku tapi perlahan jela.
"What? Apa you cakap? I tak dengar." Tanya Si Opera ni dengan muka yang didekatkan ke arah aku.
"Ehh, tak ada apa-apa la. Saya cakap lawa akak make up. Hehe."
Fuhh. Nasib baik otak aku cepat bertindak. Haha. Lawa la sangat muka kau!
"Ohh, thank you. Ramai dah cakap macam tu dengan akak. Haa, ok la Adam. I balik dulu la. Malam ni jangan lupa ye pukul 9. I tunggu u, sweetheart."
Memang sesuai la kau orang berdua. Seorang Opera, seorang lagi pula crocodile! Dah kene sangat la tu. Menyampah aku. Ehh, apasal statement ni macam berbau kecumburuan pula ni? Apakah ini maknanya? Ohh tidak!
BERSAMBUNG...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda mahu komen ? Komen di sini.. Ila sedia menerima komen anda.. Terima kasih =)