Halaman

♥ FOLLOW ME HERE ♥

Khamis, 25 Januari 2018

25 JANUARI 2018

Hai, assalamualaikum semua.. hari ni ila nak luahkan sesuatu tentang hati ila.. ila tak ade tempat lain lagi nak diluahkan melainkan dalam blog ni sahaja.. tak suka tak perlu baca.. ini sekadar luahan hati ila je.. beberapa minggu lalu, ila dengan kekasih hati ni gaduh besar sampai lah ila bawa hati ila ni.. dia pun berusaha untuk memujuk hati ini supaya tidak tinggalkan dia.. ila tahu dia serius dengan hubungan ni dan ingin menghalalkan hubungan ni.. tapi sejak kejadian pergaduhan tu, ila tak tahu kenapa ila mudah terasa hati dan merajuk dengan kata-kata dia.. mungkin kerana hati ni dah terlalu rapuh atau macam mana ??? ila sendiri pun tak tahu jawapannya.. tapi dalam masa yang sama ila macam ada perasaan pada seseorang.. tapi ila tak mengharapkan perasaan tu pun sebab ila masih lagi keliru dengan perasaan yang sedia ada ni.. nak tinggalkan orang yang kita sayang memang sakit tapi bila ila nak teruskan hati ni seolah rasa sedih sangat.. sedih kenapa tu tak pasti.. ila cuba untuk kembali tapi ila tak pasti boleh ataupun tidak.. cinta yang sekarang tak sama seperti yang dulu.. itu yang ila cuba cari jawapan sehingga sekarang.. ila perlukan masa untuk bersendirian tapi dia tak boleh berjauhan dengan ila.. ila tak tahu nak buat apa sekarang ni.. fikiran ila masih dibelenggu dengan apa yang berlaku sekarang ni.. tak tahu apa yang perlu ila fikirkan.. ila tak ada jawapan untuk semua ni.. hmmm

1 ulasan:

  1. Buat masa sekarang..tenangkan diri dan cuba jauhkan daripada dia..muhasabah diri..tgk balik apa kekurangan n kelebihan diri..lebih banyak dekatkan diri dengan Allah..Doa mohon supaya Allah tenangkan hati Ila.Semoga Ila dikurniakan ketenangan..Aaminnn.

    BalasPadam

Anda mahu komen ? Komen di sini.. Ila sedia menerima komen anda.. Terima kasih =)