Assalamualaikum...
Dah lama tak update blog.. dah bertahun tinggalkan blogger ni.. sepanjang tahun 2017 ni bermacam ujian dan dugaan yang aku lalui.. tapi hati dan jiwa aku masih kental untuk teruskan perjalanan hidup dan lalui semua ni.. lagi lagi bila melibatkan hati dan perasaan ni.. hati ni pon tak tahu lah berapa kali terluka.. hinggakan aku penat untuk bercinta dan mulakan semula perkenalan.. dan kisah ini bermula pada 4 bulan yang lalu dimana hati aku terbuka kembali untuk orang yg aku mula sayang dan cinta.. tak sangka hampir 4 bulan aku mampu bertahan walaupun kerap bergaduh.. aku sendiri tak tahu punca atas sebab apa kami bergaduh.. perasaan rindu ni yang ada dalam hati ni terlalu kuat hingga tak mampu untuk aku ungkapkan.. aku cuba untuk luahkan tapi semuanya sia sia.. aku tak tahu nak buat macam mana lagi.. diminta jujur dan luahkan , aku dah pun luahkan.. tapi setiap aku luahkan pasti akan dipersoalkan semula.. jadi bagaimana lagi untuk aku jernihkan semula hubungan ni seperti aku mula mula kenal dia ??? dia sibuk , aku tetap cuba untuk memahami.. aku sunyi , aku rindukan dia.. aku ingin waktu dia , aku dah cuba untuk curi masa dia.. tapi tiap kali ada masa itulah aku akan berbalah dengan dia.. puas aku pujuk hati ini supaya bersabar dan memahami situasi dia.. aku takut suatu hari nanti perasaan ini akan hilang.. bila perasaan ini mula hilang , dari situ aku tidak akan ambil peduli tentang dia lagi.. aku rancang untuk bercuti ke Johor untuk berjumpa dengan dia tapi dia tak mahu join sama dengan kawan kawan aku yang lain.. aku jadi buntu.. kenapa hati aku tetap nak terasa dengan dia ??? kenapa dia jadi macam ni ???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda mahu komen ? Komen di sini.. Ila sedia menerima komen anda.. Terima kasih =)