Halaman

♥ FOLLOW ME HERE ♥

Sabtu, 2 Jun 2012

C.I.N.T.A

C untuk ceritera dua hati
Bertemu tanpa dirancang dan
berkasih tanpa diduga
Tiba-tiba dalam hati wujudnya
perasaan sayang
Satu perasaan yang terlalu sukar
untuk digambar serta dinyatakan
Namun yang pasti itulah cinta...

I untuk impian sebuah perhubungan
Pastinya segala yang diimpikan
adalah indah belaka
Biarpu adakalanya bukan mudah
untuk digapai
Bukan untuk digalas dan diredah
Namun kuasa sebuah cinta
mampu mengatasi segalanya...

N untuk Nur yang menerangi
cinta yang terjalin
Wajah, hidup dan segalanya
dirasakan terang
Kerana kehadiran insan yang
bernama kasih...

T untuk tulus ikhlas dalam
meluahkan rasa sayang
Tiada rasa sangsi dan tiada
rasa gusar
Untuk menyatakan dialah
satu-satunya
Pilihan hati...

A untuk aku dan dia
Agar hubungan terus direstui
Hingga berakhir dengan sebuah
ikatan yang suci...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mahu komen ? Komen di sini.. Ila sedia menerima komen anda.. Terima kasih =)