Halaman

♥ FOLLOW ME HERE ♥

Selasa, 28 Januari 2014

GIVEAWAY CNY by DEDEQ

Hai, assalamualaikum =)


Klik banner

Hadiah:
1. Baju/dress untuk top komenter x 1
2. Shawl x 1
3. Keychain x 10
4. Tudung bawal x 2
5. Topup x 3 (Digi, Maxis, Celcom)

SENANG, MUDAH, CEPAT dan SIMPLE ... Jom pakat join ^-^


Jumaat, 17 Januari 2014

Giveaway dari umielman.blogspot.com

Klik banner


Tarikh mula: 3 January 2014
Tarikh tamat: 17 January 2014
Cabutan akan dibuat pada: 20 January 2014

Segmen Topup RANDOM 12 JAM by Mya

Klik banner


RM5 topup akan dihadiahkan kepada 4 pemenang. Segmen ini hanya diteruskan jika lebih 20 orang menyertai. Jika lebih 50 orang menyertai, hadiah akan ditambah lagi.

Rabu, 15 Januari 2014

1st Mini Giveaway by Ainim Rashihah

Haii, assalamualaikum =)
Buat pertama kalinya, blog ini menganjurkan giveaway sempena menghargai para pengikut dan juga pembaca blog Ainim Rashihah. Sebagai salah satu usaha untuk menghargai sokongan kalian semua, Ainim nak adakan giveaway pertama blog ini.


Semua orang boleh sertai giveaway ini, tapi kenalah ikut syarat-syarat berikut:

1. Follow blog Ainim Rashihah, Add To Circle Google+ Ainimsuju, Follow Twitter Ainimsuju dan Like Fanpage Blog Ainim Rashihah
2. Buat satu entri bertajuk 1st Mini Giveaway by Ainim Rashihah
3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
4. Tinggalkan URL entri kalian ke dalam ruangan komen ini.
5. Tarikh tamat giveaway ini ialah pada 30 Januari 2014.

Pemenang akan diumum pada 6 Februari 2014 dan pemilihan pemenang adalah melalui random.org

Selasa, 14 Januari 2014

Giveaway Birthday Azhafizah

Hai, assalamualaikum =)

Jom join GA niy ramai2 ! Sebab setiap penyertaan blogger akan menerima softcopy calendar 2014 dekstop wallpaper (resolution: 1152x864)dari hasi tangan blogger niy sendiri. Selain sebagai wallpaper dekstop boleh tengok calendar sekali. GA niy bermula pada 13 January 2014, 7.00 am hingga 7 February 2014, 11.59 pm. Jadi jom lah kita join ramai2 ! Rugi taw kalau korang tak join. Hehe =D

klik banner

Hadiah dan pemenang yang akan dipilih:

Top Referral 1
Full Design Blog

Top Referral 2
Header Blog

Top Referral 3
Watermark

Entry Kreatif
Vector Potrait x3 pemenang (Soft Copy only)

Ahad, 12 Januari 2014

Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih

Assalamualaikum =)


Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih di anjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Zara Nurhaidah dan Iluvtour. Siapa yang nak join sila tekan banner di atas :)

Khamis, 9 Januari 2014

Giveaway Akhir Tahun 2013 Hotlips Corner

Hai, assalamualaikum =)

Panggilan terakhir untuk Giveaway Akhir Tahun 2013 Hotlips Corner .. Siapa yang belum join lagi, cepat2 lah join .. Esok dah tamat .. Syarat pon mudah sahaja .. Jangan ketinggalan !!!

klik banner

Senarai Hadiah Giveaway Akhir Tahun 2013 Hotlips

Hadiah Pertama:
- RM 100
- T- Shirt eksklusif
- review blog
- banner di Hotlips Corner Blog
- banner di Fanpage Hotlips Corner
- voucher RM 150 Watch Zone ( 1 Utama dan Tebrau City )
- voucher RM 251 Off OSIM

Hadiah Kedua:
- RM 50
- review blog
- voucher RM 40 Sunway Lagoon
- kain batik Daun Dewa ( bernilai RM 45 ) / kain tenun Emirates Baladewa ( RM40 )

Hadiah Ketiga:
-kain batik Daun Dewa ( bernilai RM 45 ) / kain tenun Emirates Baladewa ( RM40 )
-voucher RM 12 Kidzania

Saguhati x 10 :
- T- Shirt eksklusif (bernilai RM25)

Tamat: 10 Januari 14

Rabu, 8 Januari 2014

Novel: Abangku Mr Hubby 7

Hai, assalamualaikum =)

Dah lama ila tak update blog. Maaf lah yee ! Ila ingat cuti sem ni boleh update blog, rupanya asyik keluar je. Yelah, macam2 urusan yang nak diuruskan. Hari ni ila nak habiskan novel Abangku Mr Hubby, last episod. Baca yee, jangan tak baca taw ! Huhu..

================

"Abang, kalau mak abang tak suka Qisy macam mana? Tak nak la Qisy turun." Bila dah sampai dekat depan rumah Adam ni lagi bertambah serabut aku dibuatnya.

"Qisy ni kenapa la banyak bunyi sangat? Qisy tak nak turun eh? Tak apa la. Qisy duduk la dalam kereta sampai esok sebab abang nak balik esok bukan hari ni." Qisy ni kalau aku layan dia bercakap memang tak kan habis. Sejak bila tah dia ni pandai malu macam ni. Aku nak tengok dia turun ke tak. Kalau tak nak duduk la kat dalam tu sampai esok. Hihihi.

"Haa Adam. Kenapa mama tengok lama sangat kamu dekat dalam kereta tu? Kata bawa Qisy balik? Mana dianya? Kamu tinggal dekat tepi jalan ke?" Tuhh dia. Ada ke patut dikatanya aku tinggalkan Qisy kat tepi jalan. Haihh la mama ni. Buat lawak pula tengah-tengah hari ni.

"Ada tu kat dalam kereta. Dia takut nak turun. Kejap Adam panggil dia."

"Haa. Tahu pun nak turun. Abang ingat Qisy nak tidur je dalam kereta tu sampai esok. Haha. Jom la. Tu mama dah cari Qisy dari tadi tu." Adam terus menarik tangan Qisy untuk dibawa masuk ke dalam rumah.

Lawanya hiasan rumah dia. Bertemakan English. Pandai mama dia hias ni. Wahh, ni aku kena belajar dengan mama dia ni. Cehh, ni pun tak lepas lagi nak jumpa. Ada hati nak belajar hias rumah.

"Larhh. Menung apa lagi tu Qisy?" Adam bertanya geram kepada Qisy.

"Mana mama abang? Tak nampak pun?" Melilau mataku mencari mama Adam ni.

"Larhh. Ini ke dia bakal menantu mama? Meh sini mama nak peluk sikit." Tanpa sempat Qisy hendak menghulurkan tangan untuk bersalam dengan mama Adam terus Puan Hafizah menarik Qisy untuk dipeluknya.

Qisya merasa lega melihat penerimaan Puan Hafizah terhadap dirinya. Terasa diri ini dihargai. Tiba-tiba mataku ternampak dua orang gadis comel sedang turun tangga. Kembar ke mereka tu? Sama je muka aku tengok.

"Haa Qisy. Ni pula adik kembar si Adam ni. Yang ni Hawa Azira dan yang mengada-ngada ni pula Hawa Amira. Diorang ni baru masuk 20 tahun. Muda sikit la dari Qisy." Mama memperkenalkan aku dengan adik kembar Adam. Baru aku tahu rupanya Adam ada adik kembar. Patut la sama je rupa mereka berdua. Kalau macam ni cerah masa depan aku nak dapat anak kembar ni. Yehaaa.

"Hye kak Qisy. Mama ni memandai je cakap Mira ni mengada-ngada." Amira menyapa Qisya dan terus disalami tangan Qisya. Namun berlainan pula dengan Azira. Dia hanya tersenyum sedikit dan bersalam dengan ku. Dia tak suka aku ke? Tapi dia senyum je dekat aku.

"Zira nak pergi mana ni? Lawa-lawa macam ni?" Adam bertanya kepada Azira. Aku ingatkan memang style dia duduk rumah pakai dress bagai ni. Rupanya dia nak keluar.

"Zira nak keluar dengan kak Ell kejap lagi. Dia ajak teman dia pergi PD. Esok ada member dia kahwin dekat sana." Azira menjawab bersahaja soalan abangnya. Ell? Adakah Ell yang dimaksudkan itu Ell...lephant?

==========================

"Adam...bila you balik sini? Tak sangka you ada dekat sini. Rindunya I dekat you, sayang." Memang betul dia ni la Ell...lephant. Rupanya dia kawan Azira. Patut la Azira macam tak berapa nak ngam dengan aku.

"Baru je sampai tengah hari tadi." Acuh tak acuh sahaja Adam menjawab soalan Si Gajah tu. Dia lebih fokus kepada ikan di dalam kolam tu. Nampaknya gajah, kau kena bersaing la dengan ikan belaan Pak Hashim tu. Haha..

"Adam, jom la ikut I dengan Zira pergi PD. Mesti kita boleh lebih banyak luangkan masa bersama nanti kan sayang?" Ulat bulu dah nak gajah. Aduiii. Tak penat ke perempuan ni gesel-gesel badan dia dekat Adam? Aku yang nengoknya pun penat haa. Dia tak nampak ke bakal isteri Adam ada dekat sini? Lebih-lebih pula perempuan ni. Nanti kau eh.

"Ermm sayang. Qisy rasa badan Qisy dah melekit la. Dari sampai tadi tak mandi lagi. Malam karang abang kata nak ajak Qisy pergi candle light dinner kan? Jom la tunjuk bilik Qisy." Adam memandang pelik ke arah aku. Entah bila la dia ni ajak aku pergi candle light dinner. Haha. Namun bila dia melihat aku punya senyuman baru la dia tergelak. Haha.

"Ha'ah la sayang. Nanti tak sempat pula sayang nak siapkan. Malam ni sayang pakai baju yang abang bagi tu ehh? Mesti lawa bakal isteri abang ni. Sorry la Ell, I tak dapat nak ikut you. I banyak program dengan Qisy malam ni. I wakilkan Azira jela pergi dengan you. Kami masuk dulu la. You bawa adik I elok-elok k. Jadi apa-apa dengan adik I, you orang pertama yang I akan cari!" Adam memberi amaran kepada gajah. Wahh, sayang betul dia dekat adik dia tu. Aku tengok muka Si Gajah tu macam dah kena panggang je. Hahaha. Padan muka kau.

=============================

Selepas aku menunaikan solat Maghrib, aku terus turun ke bawah. Kononnya nak tolong mama masak dekat dapur tapi bila aku sampai je kat dapur, aku tengok semua dah siap je. Tak dapat la aku nak tunjukkan kerajinan aku. Hehe.

"Qisy baru nak tolong makcik masak. Tapi dah siap semuanya. Hehe." Malu pula rasanya. Cehhh. Geli pula aku bila nak malu-malu ni.

"Tak payah la Qisy susah-susah. Sikit je ni dah siap semuanya ni. Tinggal nak makan je." Puan Hafizah menghalang Qisy untuk menolongnya. Ligat tangannya membuat kerja. Itulah kelebihan seorang ibu. Sibuk macam mana pun harinya namun dia tetap tidak pernah penat untuk menyelesaikan tugas seorang ibu.

"Lahh. Tak ada susahnya la makcik. Kalau kat kampung tu mesti mak bebel dekat Qisy kalau Qisy tak tolong dekat dapur. Qisy tolong makcik buat air eh? Kita nak buat air apa ni?" Untuk kali pertama aku membuat air untuk keluarga mertua aku. Biar bertambah sayang sikit diorang dengan aku. Yeahh.

"Qisy buka jela dalam kabinet atas tu. Ada macam-macam kordial. Qisy pilih la mana Qisy nak. Lambat pula Man ni balik hari ni. Tah mana la dia pergi ni. Tolong pasang lampu jalan tu haa agaknya. Dah tahu ada tetamu datang lagi nak balik lambat." Aku hanya ketawa mendengar bebelan mama. Tadi dikatanya aku ni ditinggalkan Adam dekat tepi jalan ni Man pula dikatanya pasang lampu jalan pula. Kelakar juga mama Adam ni. Patut la anak dia pun sengal juga. Hihi.

"Wahhh. Mama masak apa ni? Wanginya bau. Ehh, kak Qisy pun ada. Mira ingat Mira lagi awal turun. Hehe."

"Banyak la kau punya awal. Kak Qisy ni dah siap tolong mama bancuh air dah. Mira, cuba kau pergi call abang kau tu. Tanya dia kat mana tak balik-balik lagi ni? Mana la dia pergi. Mama dah pesan dah suruh balik awal malam ni."

"Abang ada dekat atas pun mama nak suruh call ke? Apa ke canggih sangat mama Mira ni? Volume yang mama ada tu je dah cukup untuk buat abang turun." Mira menjawab lurus soalan Puan Hafizah. Hailahh Mira ni. Buat lawak pula dia. Nasib baik aku dah letak jug kaca ni. Kalau tak mahunya berderai pula jug kaca ni. Mira memandang pelik ke arah aku dan mama bila kami asyik gelakkan dia.

"Apa ke bendulnya kau ni Mira? Kalau abang kau yang kat atas tu tak payah la mama nak suruh kau call kan. Mama jerit je cukup. Bukan setakat abang kau tu je yang turun. Dengan ayah kau sekali turun kejap lagi. Mama suruh kau telefon abang kau yang nombor dua tu. Dah pukul berapa ni dia tak sampai lagi." Hahaha. Boleh tahan juga mak mertua aku ni. Boleh masuk kepala dengan aku ni. Lepas ni senang la aku nak bekerjasama dengan mak mertua aku ni. Haha.

"Mama ni sampai hati cakap Mira bendul. Mama tu lain kali cakap biar terang. Mana la Mira tahu. Kejap lagi dia balik la tu. Mama kalau tak nak abang ngah keluar, mama jangan belikan kereta untuk dia tu." Mira sudah mula menarik muncung itik dia. Hehe. Nasib baik comel budak seorang ni. Tambah ada lesung pipit lagi la comel.

===========================

"Haa. Mengumpat abang ehh Mira. Pandai la kau cakap dengan mama jangan belikan abang kereta. Jeles la tu kan sebenarnya. Ehh, Qisya Azzalea? Macam mana kau boleh ada dekat sini pula ni? Ke kucing dua serupa? Tak pun rabbit dua serupa macam mama punya dekat luar tu." Begitu fokus Man memandang ke mukaku semata-mata untuk memastikan betul atau tidak aku ni Qisya Azzalea yang dijumpanya dulu. Bezanya dulu dia jumpa aku sebagai adik angkat kepada abangnya tapi sekarang aku ni adalah kakak ipar dia.

Sebaik mendengar kata-kata Man, Puan Hafizah terus mengetuk kepala anaknya. "Banyak la kau punya kucing la rabbit la. Kau ingat mama ni ada buka zoo ke dekat depan rumah kita tu? Betul la tu Qisya Azzalea. Bakal kakak ipar kau. Qisy, ni mama nak kenalkan..."

"Tak apa mama. Susah-susah je mama nak kenalkan diri Man ni. Biar je Man yang kenalkan diri Man sendiri. Saya Adam Hirman. Bakal adik ipar anda. Wahh, tak sangka eh. Bila pula kau orang ni bercinta?" Tak sempat Puan Hafizah memperkenalkan dirinya, Man dah sibuk nak kenalkan sendiri dirinya. Macam sakit sangat kepalanya yang diketuk oleh mama tadi sampai tak habis-habis nak digosoknya sampai sekarang. Auta je lebih.

"Ehh Man. Kau jangan nak lebih-lebih pegang tangan bini aku tu." Entah bila pula Adam ni turun. Tahu-tahu je dia timbul. Kacaknya dia dengan baju melayu dia ni. Aduiii...tak boleh pandang lama-lama ni. Ehh, sama pula warna dengan baju kurung aku ni. Sibuk je dia.

"Alahhh. Kecoh la kau ni Am. Belum jadi bini kau lagi tu. Wahh, dah pakai baju sama la. Macam baru lepas nikah la pula aku tengok. Kan mama kan?" Dah mula dah Man ni. Dua kali lima je dia ni adik beradik. Semasa dia berkata itu dia telah menjauhkan diri dia dari mama. Mesti takut kena ketuk lagi la tu. Haha.

"Lahh. Kat sini rupanya anak beranak ni. Patut la ayah tengok dekat depan tak ada. Ada makanan je. Dah jom la makan. Semua dah ada ni." Sampai ke dapur ayah mencari kami. Hehe. Kesian ayah. Dah lama agaknya dia tunggu nak makan malam.

"Dok layankan anak-anak bertuah ni la abang oii. Tak siap kerja jadinya bila layan diorang ni. Ingatkan ramai lagi boleh tolong buat kerja tapi ni lagi ramai lagi lembap. Mama dengan ayah nak makan. Korang bertiga kalau suka dekat dapur ni duduk la. Mama nak bawa bakal menantu ni sekali pergi makan." Puan Hafizah terus menarik tangan ku ke meja tangan. Sempat lagi aku capai tangan Mira untuk dibawa bersama. Aku dan Mira menjelir lidah kepada Adam dan Man. Kelat wajah mereka dibuatnya. Haha. Padan muka. Suka sangat menyakat aku kan.

Kami menikmati makan malam dengan begitu selera sekali. Walaupun tak cukup seorang adik beradik Adam namun kemeriahan tetap dirasakan. Selepas kami selesai makan, aku tak sangka Adam akan mengeluarkan satu idea yang aku kira agak surprise bagi aku.

"Ayah, mama. Adam dan Qisya dah setuju nak bernikah hujung bulan depan. Family Qisy pun Adam dah bagi tahu dan mereka tak kisah. Yang penting nikahnya. Ayah dan mama pula macam mana?"

"Kalau dah macam tu kata keluarga Qisy, ayah dan mama tak kisah Adam. Mana yang kamu rasa baik untuk kamu, kami akan ikut. Ayah harap Adam mampu jaga isteri Adam dengan baik. Adam kena ingat, berkahwin ni biar sekali dan isteri tu adalah amanah dari Allah untuk seorang lelaki. Setelah akad, kamu adalah syurga bagi isteri kamu. Jadilah sebaik-baik syurga untuk isteri kamu Adam Hasif. Didik isteri dan anak-anakmu sebagaimana ayah didik mama dan kamu. Jangan jadi seorang lelaki yang hanya memerlukan isterinya apabila di waktu malam sahaja. Faham Adam Hasif?"

Tegas kata-kata yang keluar dari mulut Encik Hashim. Kalau dari petang tadi aku hanya melihat dia ketawa, sekarang aku melihat dia seorang ayah yang sangat tegas. Kagum aku dengan cara Encik Hashim. Mampukah aku juga menjadi yang terbaik untuk Adam? Lama manakah mahligai yang kami akan bina nanti mampu bertahan? Aku hanya mampu berserah kepada Allah. Aku yakin ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua ini. Aku hanya perlu redha dengan qada' dan qadar aku.

===========================

"Aku terima nikahnya Qisya Azzalea binti Mustafa dengan mas kahwinnya 1001 Ringgit Malaysia tunai." Lancar kata-kata yang keluar dari mulut Adam. Akhirnya dengan sekali lafaz aku telah sah menjadi isteri kepada Adam Hasif Ahmad Hashim. Selama manakah kami mampu bertahan? Semoga lelaki ini mampu membawa aku ke jalanMu Ya Allah.

Mak terus memeluk aku. Aku mengusap air mata di pipi mak. "Anak mak ni dah jadi isteri orang. Lepas ni jangan nakal lagi faham? Jaga maruah suami Qisya ye sayang."

"Qisya. Selamat datang ke rumah mama dan ayah. Mama harap Adam dan Qisy akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Mama dan ayah doakan yang terbaik untuk anak-anak mama. Mama sayang Qisy."

Terlalu tinggi ku rasa harapan mama, ayah dan mak. Mungkin yang melihat air mataku ini akan menyangka ini air mata gembira. Selain diri aku sendiri, hanya Fara dan Sheira sahaja yang memahami untuk apa air mataku ini mengalir. Ini bukan air mata gembira tetapi ini air mata yang akan menghancurkan harapan mak, mama dan ayah. Mereka mengharapkan kami kekal sehingga ke akhir hayat. Bagaimana kami nak berkekalan hingga ke akhir hayat jika hati kami tidak bersama?

"Qisy. Janganlah menangis lagi macam ni. Cukup-cukup dengan apa yang dah kau keluarkan sebelum ni Qisy. Kami faham perasaan kau. Apa pun terjadi kau kena ingat yang kau masih ada kami dalam hidup kau." Sheira dan Fara terus memeluk aku dengan eratnya. Dua minggu sebelum kenduri, aku telah ceritakan perkara sebenar tentang apa yang terjadi di antara aku dan Adam. Walaupun pada mulanya mereka memarahi aku kerana merahsiakan hal sebesar ini dengan mereka. Akhirnya mereka tetap memahami kenapa aku dan Adam bertindak begini.

Adam datang ke arah ku untuk menyarung cincin ke jari ku. Sebaik sahaja cincin disarungkan, aku terus menyalami tangan suamiku dan Adam terus mencium dahiku. Di saat ini, jantungku kembali buat perangai. Kenapa setiap kali dengan Adam, aku mesti rasa macam ni? Selepas Adam mencium dahiku, dia meletakkan tangan kanannya di atas kepalaku dan dia membaca doa.

"Wahai Tuhan, aku mohon padaMu kebaikan dan segala kebaikan yang ada padanya dan aku berlindung padaMu dari keburukan dan segala keburukan yang ada padanya."

Terasa air mataku mengalir lagi selepas Adam membaca doa. Murah sangat air mata aku hari ini. Adam mengusap air mata yang mengalir di pipiku.

"Lawa Qisy pakai tudung. Kekalkan pun lagi baik. Ringan sikit bau abang." Adam berbisik ke telingaku. Aku hanya tersenyum kepadanya. Terasa gugup pula untuk aku berlawan kata dengannya seperti selalu.

"Ok pengantin semua. Sekarang jom kita bersiap untuk kenduri tengah hari karang pula. Adam bawa-bawa la bersabar. Awal lagi ni." Abang Hariz ni memang suka cakap ikut suka hati dia je tau. Merah muka aku ni aku rasa. Hishhh. Mak tolong. Adik nak menyorok! Suka la semua ni gelakkan aku.

===============================

Fuhh. Penatnya jadi raja sehari ni. Ni baru raja sehari, belum seumur hidup lagi. Hehe.

"Hye Qisy. Tahniah. Aku doakan yang terbaik untuk kau Qisy." Zul menghulurkan tangan kepada Qisy. Namun belum sempat Qisy menyambutnya, Adam terlebih dahulu menyambut salam yang dihulurkan. Dari mana pula dia ni datang? Tiba-tiba je dia ada.

"Terima kasih Zul. Aku juga doakan yang terbaik untuk kau. Apa pun kau tetap kawan aku sampai bila-bila pun Zul. Aku tak kan lupa." Zul terus meninggalkan aku dan Adam. Kelihatan terpaksa senyuman yang terlahir di bibir Zul. Maafkan aku Zul. Aku tak mampu untuk membalas perasaan kau.

"Abang ni kenapa? Panas la nak dekat-dekat macam ni pula." Aku terus menolak dia jauh-jauh. Dah jadi macam magnet pula dia ni dengan aku. Tak tahu rimas ke apa. Peluh-peluh dah aku dibuatnya.

"Sampai hati Qisy buat abang macam ni. Dah la abang sorang-sorang je dekat sini. Family abang semua dah balik rumah Aki dekat Pahang tu tau. Abang ni dah boleh diibaratkan sebatang kara je tau dekat sini." Adam berkira-kira untuk pergi dari situ.

"Abang ni ngada-ngadakan? Saja la tu kan nak buat Qisy rasa serba salah kan? Yelah yelah. Qisy minta maaf. Dah jom la naik. Qisy nak tukar baju la. Lagipun tetamu pun dah tak ada ni. Yang tinggal orang dekat-dekat sini dengan keluarga je ni."

"Apa Qisy? Nak naik? Masuk bilik? Wahhh. Abang suka ni. Tapi awal lagi ni. Tak sempat ke tunggu malam karang Qisy?" Adam berkata dengan penuh terujanya. Wajah dia nampak berseri-seri sangat. Kenapa ekk? Baru aku perasan!

"Cehh. Otak kuning abang ni. Abang jangan nak mengada-ngada. Karang Qisy hantar abang balik Pahang nanti." Aku terus meninggalkan Adam. Tak kuasa la aku nak melayan dia. Namun baru je aku nak melangkah, terdengar lagi suara yang nak menyakat aku.

"Ehh Qisy. Awalnya nak naik atas. Awal lagi ni Qisy. Sabar-sabar la sikit. Adam tu tak lari mana pun la. Ye tak, Hariz?" Kali ni abang Akif, suami kepada angah pula yang menyakat aku. Siap ajak geng lagi tu. Tak boleh jadi ni.

"Banyak kerja ye tak Adam nak buat dekat atas tu. Tu yang nak naik cepatkan. Tak apa la Adam. Pergi jelah naik. Karang merajuk bini kau nanti lagi susah aku malam karang." Ewahh...sedap je dorang ni kan. Yang Adam ni pula boleh ketawa je. Aku sekeh juga kepala dia ni karang.

"Abang-abangku sayang. Qisy naik sebab nak bersihkan diri. Kejap lagi nak tolong dekat sini pula. Karang Qisy tak nak tolong baru tahu. Buat kerja sendiri. Dah la, malas Qisy nak layan. Qisy nak naik. Haa abang kalau tak nak naik, abang layang la diorang berdua. Qisy blah dulu." Aku terus naik ke atas nak tinggalkan Adam. Belum sempat aku nak jalan, Adam telah menarik tangan aku untuk berjalan sekali dengan dia.

TAMAT...