Aku tidak tahu bagaimana aku ingin ungkapkan apa yang aku rasakan selama ni.. Aku seolah berputus harap.. Aku tidak penat, aku tidak bosan.. Yang membuatkan aku kuat dan terus bertahan hingga ke hari ini kerana aku amat menyayangi dirinya dan aku terlalu sayangkan hubungan ini.. Bukan mudah untuk aku mengalah sekarang sebab aku telah bertahan dan hadap sejauh ini dan tak mungkin untuk aku mengalah.. Apa yang aku dan dia nampak, hubungan kami makin lama makin renggang dan kerap gaduh.. Boleh dikatakan hampir setiap hari kami bergaduh.. Hati kami sedikit pun tidak berubah untuk menyayangi antara satu sama lain.. Malah hati kami makin kuat dan kukuh untuk pertahankan.. Aku sendiri tidak tahu apa punca yang membuatkan kami bergaduh setiap hari.. Aku cuba untuk pulihkan keadaan dan hubungan aku dan dia.. Tapi setiap usaha aku itu tidak berhasil untuk memulihkan hubungan aku malah keadaan semakin keruh.. Walaupun hubungan kami begini, aku tidak pernah sedikit pun terlintas untuk meninggalkan dia.. Itu bukan cara aku untuk menyelesaikan masalah.. Secara jujurnya, dari sudut yang paling dalam hati aku hanya tertera nama dia sahaja dan tidak pernah terlintas untuk aku mencari pengganti dirinya.. Aku amat menyayangi dan mencintai dia setulus hatiku.. Aku ikhlas untuk bersama dengannya dan aku terima siapa pun dirinya.. Aku telah berjanji pada diri aku sendiri, setelah aku memiliki hatinya semula, aku tidak akan sesekali tinggalkan dia walau apapun yang terjadi.. Kerana bagi aku bukan mudah untuk mendapat peluang kedua maka jangan sia-siakan peluang itu.. Aku perlukan jawapan atas apa yang berlaku semua ini.. Aku terlalu rindukan dia, rindukan dia sangat-sangat.. Dan buat pertama kalinya aku membuatkan dia hilang kawalan sehingga menyakitkan dirinya sendiri.. Aku akui apa yang dia katakan selama ni memang betol.. Banyak berpunca dari aku sendiri.. Aku ingin jadi macam sebelum ni.. Aku cuba untuk berubah dan usaha untuk jadi macam sebelum ni.. Tapi aku seperti tidak nampak hasilnya.. Apa yang perlu aku buat lagi ??? Hmm...