Halaman

♥ FOLLOW ME HERE ♥

Rabu, 23 September 2015

Hai, assalamualaikum semua =)
 
Hari ni Ila kerja. Jadi kat office hari ni Ila pun tak ada kerja sangat. Bukan tak ada kerja sangat, memang tak ada kerja langsung pun. Jadi untuk menghilangkan rasa bosan bolehlah Ila edit blog apa yang patut. Buat sementara ini adalah perubahan sedikit. Dah lama tak tengok tutorial kan. Tangan ni pun dah lama tak edit blog. Jadi pening sikit nak buat blog bagi cantik. Maklumlah, baru sekarang ni nak menghadap blog. Dah setahun tinggalkan hobi ni jadi kena belajar dari mulalah gamaknya. Pening kepala nak faham tutorialnya. Sabar jelah. Yang penting kat office hari ni sunyi dan aman je. Maklumlah, esok kan Raya Haji. Jadi di kesempatan ini Ila nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.





Selasa, 22 September 2015

Setahun kemudian...

Hai, assalamualaikum.
 
Tak sangka dah setahun dah berlalu. Dah berhabuk dah blog Ila ini. Ila pon tak tahu nak update apa kat blog ini. Tak ada cerita apa yang menarik pon untuk Ila kongsikan kat blog ini. Memandangkan blog Ila ini dah macam bersepah, Ila ingat nak kemaskini balik blog Ila yang dah bersawang ini. Jika ada sesiapa yang ingin bagi pendapat untuk mencantikkan lagi blog Ila ni boleh lah tinggalkan pendapat korang semua di ruangan komen Ila tu. Nanti ila akan pertimbangkan.  Untuk pengetahuan korang semua, sepanjang setahun Ila mendiamkan diri ini, Ila nak kongsikan satu berita pada korang semua. Alhamdulillah, sekarang ni Ila dah dapat kerja kerajaan. Dah 8 bulan Ila bekerja di MPSJ. Sekarang ini Ila tengah berusaha untuk dapatkan jawatan kontrak/tetap. Doa-doakan lah Ila ye untuk dapatkan jawatan itu. Selama setahun ini juga Ila dah lalui pelbagai dugaan. Sungguh perit untuk Ila lalui dan Ila pon dah tak berminat untuk bercinta dengan mana-mana lelaki lagi. Hati ini sudah serik untuk dikecewakan. Sekarang Ila lalui kehidupan seperti biasa. Menyibukkan diri dengan aktiviti bersama keluarga. Tahun ini pun Ila banyak aktiviti pejabat yang perlu Ila ikuti. Antaranya Pertandingan Bola Tampar, Larian SJ 10Km, Teambuilding di Pulau Pangkor dan Hari Keluarga MPSJ di Sunway Lagoon yang bakal diadakan bulan 10 nanti. Jadi, Ila dah tak perlu pikir pasal lelaki lagi. Hanya memikirkan hati dan diri sendiri sahaja. Tahun ini pun mood Ila hanya bercuti je. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Tak ada apa yang perlu Ila fikirkan lagi. Itu sahaja lah yang Ila nak kongsikan bersama dengan korang semua. Sekian.