Halaman

♥ FOLLOW ME HERE ♥

Ahad, 1 September 2013

Novel : Abangku Mr Hubby 1

Haii, assalamualaikum semua :)

Firstly, ila minta maaf lah sebab dah lama ila menyepikan diri dan dah lama juga ila tak update blog.. Bersawang juga lah blog ila ni , hehe .... Hari ini ila bosan.. Ila tak tahu nak buat apa.. Entah macam mana ila boleh terlintas kat fikiran ila yang ila nak update sebuah novel lah.. Haa, nampak tak tajuk novel kat atas tuh ? Itu lah novel yang ila nak update.. Tapi sebelum tu, ila nak minta tolong sikit boleh tak ? tolong klik iklan kat bawah ni dulu.. tunggu sampai habis loading tau.. terima kasih =)

Klik Klik Klik

Hari ini merupakan hari terakhir aku praktikal di hospital ini. Fuhh, selesai sudah dua bulan aku kat sini. Yeahh ! Dah hari terakhir ini pula aku boleh nampak mamat kacak ni. Sebelum ni tak nak pulak dia jaga banduan dia dekat wad ni. Haihh.

"Huii Qisya, tahu lah dia last day kat sini tapi tak payah la kau berangan sangat. Apa yang kau tengok tu ? Tepi sikit, meh aku nak tengok juga apa yang kau dok tengok tak habis-habis dari tadi. Mana la tahu kot yang kau tengok tu jodoh aku ke. Hahaha." Dah datang dah Si Fara ni. Suka ganggu ketenteraman aku la.

"Alaa kau ni Fara. Cuba la jangan kacau ketenangan aku kat sini. Tingkap lain banyak, tingkap ni juga yang kau nak duduk. Sibuk je ! Mentang-mentang la tak ramai pesakit hari ni." Aku tengok Fara ni dah dok tersengih-sengih pula dekat mamat tadi. Aduiii.

"Wey Qisya, dia datang sini la." Aku pun pusing la kat tempat yang Fara ni tunjuk. Like she said, memang aku nampak dia datang dekat kami.

"Haa, korang tengok apa haa ? Mesti nak usha abang kan ? Dari tadi abang dah nampak korang tengok abang dekat tingkap ni."
Ehh, tak memasal pula dia ni cakap kitorang nak usha dia. Macam la hensem sangat ! Tapi memang hensem pun ! Hihihihi.

"Kitorang tak pandang abang pun. Sebenarnya kami pandang kapal terbang landing dekat belakang wad ni tadi. Abang je yang tak nampak kapal terbang tu."
Si Fara ni tak penat ke pula asyik tersengih je dari tadi. Pening aku tengok. Dia pula yang over acting. Tahu la kau ni drama queen ! Adam Hasif. Itu la nama mamat ni. Aku tahu pun sebab aku tengok name tag dia. Haha.

"Haha. Memang muat kot ehh kapal terbang nak landing kat belakang wad ni. Nak ngurat cakap jela. Abang alu-alukan. Kecik tapak tangan, tanah hospital ni abang tadahkan !"

"Isyy ! Orang macam ni pun ada juga ke ? Pelik aku."

"Haa ? Apa kau cakap Qisya ?"

"Ehh ! Ada lagi suara kau Fara ? Aku ingatkan kau dah collapse tadi kat sini."
Sengih je la yang Si Fara ni tahu dari tadi. Aku perli dia pun dia boleh diam lagi. Cuba kalau selalu tu, mesti nak menang je ! Yang mamat ni pahal pula berpeluh tiba-tiba pula macam baru lepas marathon ?

"Adam ! Kat sini rupanya. Penat Fina cari Adam dari tadi tau. Adam kata nak kenalkan Fina dengan tunang Adam hari ni ? Dia praktikal dekat wad ni kan ?"

"Ha...ahh. Dia praktikal de...kat wad ni."
Gagap ke mamat ni ? Tadi tak pula gagap. Tunang dia siapa pula ? Setahu aku yang praktikal dekat wad ni sekarang hanya ada aku, Fara dan Chan je. Tak kan Fara pula tunang dia ? Tak pun Chan ? Ngarut. Chan ni cina la. Ehh, ni telah menjadi satu tanda tanya.

"Haa. Ni la tunang Adam. Ni la dia"

"Haa ? Qisya ? Apasal abang tunjuk Qisya ?" Sihat ke tidak mamat ni ? Bila masa pula aku jadi tunang dia ? Tak pun mesti muka aku sama dengan muka tunang dia.

"Ohh, yeke ? Fina ingatkan Adam main-main pasal Adam dah bertunang. Ehh, tapi tak ada cincin pun kat jari dia ? Adam tipu Fina kan ?"

"Dia kan tengah keje ni. So mana boleh pakai cincin. Kan Qisya kan ? Lepas Qisya habis belajar kami nak nikah dah. Nanti Adam hantar kad jemputan dekat Fina."
Aku hanya mampu angguk kan je. Tu pun sebab dia yang tolak kepala aku ! Hampeh punya orang. Main-main kepala aku pula. Kepala aku ni bayar zakat la weyhh.

"Hurmm, tak pe la kalau macam tuh. Macam yang Fina janji dengan Adam sebelum ni, Fina tak kan ganggu Adam lagi lepas Fina jumpa tunang Adam ni. Dah la, Fina nak pergi tengok kawan Fina ni."

"Ok Fina. Elok-elok yerr."
Lepas perempuan tuh pergi,"Fuhh . Lega dah lepas satu bala. Ehh, terima kasih yerr cik Qisya sebab tolong abang tadi. Haha. Da jadi tunang abang la pula."

"Wahh Qisya. Selamat bertunang kawan. Haha. Tahun depan aku makan nasi minyak. Tak sabarnya. Hahaha. Hye abang iparku Adam." Sapa Fara dan sempat pula dia bergive me five dengan mamat ni.

"Tak kuasa la aku nak layan korang. Memandangkan dah sampai waktu rehat, aku nak pergi makan. Kau borak la sampai lapar."

--------------------------------

Tengah aku sedap duduk menikmati waktu rehat aku ni, datang pula warden penjara ni. Semestinya la si tunang aku yang gila tadi. Alamak terngaku tunang la pula.

"Hye Qisya. Boleh abang join sekali ?"

"Dah duduk dah pun. Tak kan nak halau pula. Kesian."

"Haha. Sebenarnya abang nak minta maaf pasal tadi. Hari tu abang memang ada cakap dekat dia yang abang dah tunang. Padahal tak tunang lagi pun. Abang cakap macam tu sebab tak nak dia asyik ikut abang lagi. Waktu dia datang tu pula ada Qisya kat situ. Jadinya Qisya jela orang yang sesuai jadi tunang abang masa tu."

"Kan Fara pun ada sekali. Kenapa tak sebut nama Fara je ?"

"Entah la. Abang nampak Qisya je masa tu. Tak nampak pula Fara. Mungkin sebab memang Qisya layak jadi tunang abang kot ? Hehe. Abang gurau je. Sorry yerr Qisya ?"

"Yelah yelah. Bising betol la abang ni. Orang nak makan pun tak senang."

"Haa. Macam ni la adik abang."

"Ehh, sejak bila pula Qisya jadi adik abang ni ?"

"Sejak sekarang la. Boleh ehh ?" Suke hati dia je nak aku jadi adik dia. Setahu aku mana ada mak aku keluarkan abang untuk aku. Mak aku keluarkan akak je untuk aku.

"Haihhh... Kenapa Qisya boleh jumpa orang macam abang ni hari ni ? Kalau Qisya tahu, tak ingin Qisya nak pandang abang dekat tingkap tadi."

"Haa. Kan dah terkantoi yang Qisya memang pandang abang tadi."

"Ehh. Ada ke Qisya cakap macma tu tadi ? Abang salah dengar ni. Kalau abang nak Qisya jadi adik abang boleh tapi ada syarat. Amacam ?"

"Aikk, main syarat-syarat pula ?"

"Nak ke tak nak ? Qisya lapar ni, karang masa Qisya tengah makan dah tak ingin dah Qisya nak layan abang."

"Haha. Tadi syarat ni ugut abang pula ? Yela yela apa dia ? Qisya punya pasal, tak jadi masalah la syarat Qisya tu. Apa syarat nya ?"

"Belanja Qisya makan setiap kali abang ajak Qisya keluar. Boleh ?"
Haha. Kalau dia nak, lepas ni jimat la duit makan aku. Bijak bijak Qisya.

"Fuhh. Kalau hari-hari memang kita keluar makan goreng pisang je la Qisya. Tapi kalau Qisya pula yang ajak abang keluar macam mana ?"

"Qisya tak kan ajak abang keluar sebab kalau Qisya nak keluar bukan jauh mana pun nak jalan kaki kalau setakat bandar tu dengan apartment Qisya. Haha."

"Jadi tunang abang betul-betul nak ? Hari-hari abang belanja. Kali ni bukan goreng pisang la. Lebih dari goreng pisang. Nak tak ?" Tanya Si Adam ni dengan kening yang dijongketkan.

"Hok hok hok !" Habis tersedak aku. Mamat ni kot ye pun nak ajak gurau jangan la ajak gurau masa aku tengah minum. Memang sengal ! Buat malu aku je dengan orang ramai.

"Qisya ok tak ?? Abang main-main je la Qisya. Yela yela abang setuju. Abang belanja kalau kita keluar. Abang nak balik wad ni nak pergi tengok banduan abang dalam wad Qisya tu. Tah jadi ape dekat dia si Fara yang jaga ni. Hehe. Esok kita jumpa ehh. Banyak benda abang nak cerita dengan Qisya. Abang ambil Qisya pukul 8."
Selesai Adam menghabiskan ayat terakhirnya, dia terus meninggalkan Qisya dengan kenyitan matanya. 

"Ada ke aku setuju dengan ajakan dia tadi ? Aku rasa macam tak de kan ?

BERSAMBUNG.....